Categories
SELANGOR

Suee Lim gesa LLM atasi isu trafik WCE

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM , 15 MEI: Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim berharap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) membuat persediaan supaya kesesakan di Jalan Sekinchan terlibat dengan projek pembinaan Lebuhraya Persisir Pantai Barat (WCE) dapat diminimakan.

Menurutnya, pertambahan dijangka berlaku sepanjang Ramadan dan berterusan sehingga Aidilfitri.

“Saya menjangkakan Jalan Persekutuan 5 yang sedang dinaiktaraf dengan lebuhraya akan sesak kerana pengguna akan melaluinya untuk ke Teluk Intan dan Setiawan.

“Saya mohon kontraktor bertanggungjawab membuat persiapan sewajarnya supaya kesesakan dapat diminimakan selain mengutamakan keselamatan pengguna jalanraya,” katanya.

WCE Banting-Taiping turut melintasi Sekinchan bermula dari Parit 1, Sungai Burong ke Sabak Bernam dengan lokasi sepanjang 45 kilometer tanpa tol.

Lebuhraya sepanjang 233 kilometer secara keseluruhan ini dijangka peroperasi sepenuhnya pada 24 Ogos 2019.