Categories
SELANGOR YB ACTIVITIES

Tingkat kebersihan perangi denggi

OLEH SYAZWANI SUFIAN

KLANG, 28 MEI: Masyarakat DUN Sungai Pinang menerima pendedahan kebersihan dan kesihatan dalam Karnival Peduli Rakyat anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Pusat Khidmat DUN Sungai Pinang.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Pinang, Dato’ Teng Chang Khim berkata, dalam program itu turut dilancarkan Kempen Kesedaran Kesihatan dan Kebersihan bagi mengelakkan berlaku kes demam denggi terus meningkat.

Katanya, turut juga dilancarkan kempen Komuniti Bebas Aedes (KOBA) bagi memberi kesedaran bahaya masyarakat perlu memainkan peranan dalam usaha menghalang penularan jangkitan denggi.

“Penyakit demam denggi di Selangor adalah jauh lebih tinggi berbanding negeri lain walaupun kes ada menunjukkan penuruan sejak Januari hingga Mac lalu.

IMG_5160“Ini berlaku kerana Selangor mempunyai kepadatan penduduk dan jumlah rumah yang sangat banyak menjadi faktor utama pembiakan nyamuk aedes,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Karnival Peduli Rakyat di Dewan Orang Ramai, Taman Eng Ann, Klang, di sini hari ini.

Beliau yang juga merupakan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Pengangkutan berkata, di peringkat Kerajaan Negeri pelbagai program dan usaha dilaksanakan bagi menangani masalah wabak denggi.

“Walaupun kawasan rumah bersih tetapi masyarakat perlu tahu nyamuk aedes membiak dalam takungan air yang bersih, sebab itu faktor utama adalah memastikan tiada takungan air di kawasan rumah memandangkan musim hujan yang tidak menentu,” katanya.

Dalam majlis yang sama, turut diadakan majlis penyerahan kad peduli sihat kepada 137 penerima di DUN Sungai Pinang dan majlis penyerahan banner serta eerosol kepada penduduk setempat.

=EZY=