Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

TOP 5: Apa berita menarik hari ini?

Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada 22 MEI 2017. Klik pautan untuk berita lanjut:

1. Sultan Selangor tinjau proses padi negeri

Komited memastikan pengeluaran beras tani berasaskan penghasilan padi negeri berada dalam keadaan terbaik, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli meninjau proses penghasilan beras, di Kilang Operasi Beras, PLS Marketing (M) Sdn Bhd, di sini.

Diiringi Tengku Permaisuri, Tengku Norashikin bersama Dato’ Menteri Besar, Dato Seri Mohamed Azmin Ali dan isteri, Datin Seri Shamshida Taharin bersama delegasi pimpinan Kerajaan Negeri, baginda turut berkenan mendengar taklimat penghasilan beras tani dilaksanakan di kilang berkenaan.

https://selangorkini.my/2017/05/sultan-selangor-tinjau-proses-padi-negeri/

2. Sah KD Perdana hilang di perairan Sedili

Sebuah bot milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kapal Diraja (KD) Perdana terputus hubungan dengan bot kapal yang membawa Tim Menggeledah ketika mengusir bot nelayan asing di perairan Sedili, pada 20 Mei lalu.

TLDM dalam kenyataan hari ini berkata, bot berkenaan diketuai seorang pegawai dan lapan anggota Laskar Kanan ke bawah yang melaksanakan rutin rondaan maritim, di kawasan perairan negara.

https://selangorkini.my/2017/05/sah-kd-perdana-hilang-di-perairan-sedili/

3. INVEST ikat MoU dengan Victoria Australia

Invest Selangor Berhad (INVEST) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Negeri Victoria (Victoria), Australia bagi mengikat kerjasama dalam bidang teknologi komunikasi dan informasi, makanan dan perniagaan agro serta pendidikan juga latihan.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana serta Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, usahasama itu selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri menjadikan Selangor sebagai hab industri teknologi tinggi bagi negara Asia Tenggara (ASEAN) termasuk industri e-dagang, aeroangkasa dan bioteknologi.

https://selangorkini.my/2017/05/invest-ikat-mou-dengan-victoria-australia/

4. “Nak buat macam mana, Noh hidup di alam lain”

Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dibidas ekoran kenyataannya menggesa rakyat Selangor memilih Umno-Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14, baru-baru ini.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Fahmi Fadzil, berkata kenyataan Noh itu seolah-olah menggambarkan beliau hidup di alam lain sehingga gagal melihat perbezaan ketara antara Kerajaan Negeri di era Umno-BN sebelum 2008 dengan Kerajaan Negeri di bawah PAKATAN, hari ini.

https://selangorkini.my/2017/05/nak-buat-macam-mana-noh-hidup-di-alam-lain/

5. Bekalan barangan cukup sepanjang Ramadan

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Selangor memberi jaminan bekalan barangan keperluan di negeri itu mencukupi sepanjang Ramadan.

Pengarahnya, Datuk Abdul Ghariff Ramin berkata, FAMA juga sudah menyediakan stok simpanan untuk beberapa barangan keperluan seperti ikan, ayam, kelapa dan daging.

https://selangorkini.my/2017/05/bekalan-barangan-cukup-sepanjang-ramadan/