Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Apa Berita Menarik Hari Ini?

Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada 24 MEI 2017. Klik pautan untuk berita lanjut:
1. KEADILAN maklum penjelasan MB demi kestabilan Selangor

“Biro Politik KEADILAN turut bersetuju dengan pendekatan Dato’ Menteri Besar Selangor untuk menjamin kestabilan Kerajaan Negeri menjelang PRU 14 dan meneruskan usaha membangunkan Negeri Selangor selaras dengan mandat besar rakyat pada PRU-13.

“Kita yakin terhadap kepimpinan Mohamed Azmin untuk terus menerajui Kerajaan Negeri sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor dan melaksanakan pembangunan negeri demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Selangor,” katanya.

https://selangorkini.my/2017/05/keadilan-maklum-penjelasan-mb-demi-kestabilan-selangor/

 
2. Jambatan ketiga Klang tambah baik aliran trafik

Kos keseluruhan pembinaan jambatan ini berjumlah RM199,156,069.39 dibiayai sepenuhnya Kerajaan Negeri menggunakan rezab negeri hasil daripada dasar penjimatan dan perbelanjaan berhemah diamalkan sejak 2008,” katanya.

https://selangorkini.my/2017/05/jambatan-ketiga-klang-tambah-baik-aliran-trafik/

 
3. 627,000 pengguna nikmati Wifi Percuma Smart Selangor

“Wifi ini merupakan teknologi jalur lebar berkelajuan tinggi atau lebih dikenali High Speed Broadband dengan kelajuan minimum 30 Mbps.

“Namun ada di sesetengah kawasan pedalaman kita menghadapi masalah dan aduan internet perlahan dan sering terputus. Kita sentiasa semak dan kaji bersama pihak Telekom Malaysia (TM) untuk mengatasinya,” katanya.

https://selangorkini.my/2017/05/627000-pengguna-nikmati-wifi-percuma-smart-selangor/

 
4. Apa Berita Antarabangsa hari ini?

WASHINGTON: Seorang wanita dari California ditahan kerana dituduh berkomplot mendapatkan dan mengeksport teknologi komunikasi sensitif angkasa lepas secara haram ke negara kelahirannya, China. – REUTERS

https://selangorkini.my/2017/05/apa-berita-antarabangsa-hari-ini-3/

 
5. Ekonomi merudum bukan halangan sedia peluang pekerjaan

“Dari 305,300 peningkatan peluang pekerjaan disediakan, 55 peratus berjaya dimonopoli wanita di negeri ini, berbanding hanya 40 peratus pekerjaan baru, di seluruh negara.

“Apabila berlaku perubahan pentadbiran dan parti pada 2008, ramai yang bimbang akan berlaku keruntuhan ekonomi tetapi ia tidak benar,” katanya ketika sesi temu bual bersama radio BFM, hari ini.

https://selangorkini.my/2017/05/ekonomi-merudum-bukan-halangan-sedia-peluang-pekerjaan/

 
DISEDIAKAN OLEH: MOHD EZLI MASHUT

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

TOP 5: Apa berita menarik hari ini?

Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada 22 MEI 2017. Klik pautan untuk berita lanjut:

1. Sultan Selangor tinjau proses padi negeri

Komited memastikan pengeluaran beras tani berasaskan penghasilan padi negeri berada dalam keadaan terbaik, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli meninjau proses penghasilan beras, di Kilang Operasi Beras, PLS Marketing (M) Sdn Bhd, di sini.

Diiringi Tengku Permaisuri, Tengku Norashikin bersama Dato’ Menteri Besar, Dato Seri Mohamed Azmin Ali dan isteri, Datin Seri Shamshida Taharin bersama delegasi pimpinan Kerajaan Negeri, baginda turut berkenan mendengar taklimat penghasilan beras tani dilaksanakan di kilang berkenaan.

https://selangorkini.my/2017/05/sultan-selangor-tinjau-proses-padi-negeri/

2. Sah KD Perdana hilang di perairan Sedili

Sebuah bot milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kapal Diraja (KD) Perdana terputus hubungan dengan bot kapal yang membawa Tim Menggeledah ketika mengusir bot nelayan asing di perairan Sedili, pada 20 Mei lalu.

TLDM dalam kenyataan hari ini berkata, bot berkenaan diketuai seorang pegawai dan lapan anggota Laskar Kanan ke bawah yang melaksanakan rutin rondaan maritim, di kawasan perairan negara.

https://selangorkini.my/2017/05/sah-kd-perdana-hilang-di-perairan-sedili/

3. INVEST ikat MoU dengan Victoria Australia

Invest Selangor Berhad (INVEST) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Negeri Victoria (Victoria), Australia bagi mengikat kerjasama dalam bidang teknologi komunikasi dan informasi, makanan dan perniagaan agro serta pendidikan juga latihan.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana serta Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, usahasama itu selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri menjadikan Selangor sebagai hab industri teknologi tinggi bagi negara Asia Tenggara (ASEAN) termasuk industri e-dagang, aeroangkasa dan bioteknologi.

https://selangorkini.my/2017/05/invest-ikat-mou-dengan-victoria-australia/

4. “Nak buat macam mana, Noh hidup di alam lain”

Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dibidas ekoran kenyataannya menggesa rakyat Selangor memilih Umno-Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14, baru-baru ini.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Fahmi Fadzil, berkata kenyataan Noh itu seolah-olah menggambarkan beliau hidup di alam lain sehingga gagal melihat perbezaan ketara antara Kerajaan Negeri di era Umno-BN sebelum 2008 dengan Kerajaan Negeri di bawah PAKATAN, hari ini.

https://selangorkini.my/2017/05/nak-buat-macam-mana-noh-hidup-di-alam-lain/

5. Bekalan barangan cukup sepanjang Ramadan

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Selangor memberi jaminan bekalan barangan keperluan di negeri itu mencukupi sepanjang Ramadan.

Pengarahnya, Datuk Abdul Ghariff Ramin berkata, FAMA juga sudah menyediakan stok simpanan untuk beberapa barangan keperluan seperti ikan, ayam, kelapa dan daging.

https://selangorkini.my/2017/05/bekalan-barangan-cukup-sepanjang-ramadan/

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

TOP 5: Apa berita menarik hari ini?

Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada 21 MEI 2017. Klik pautan untuk berita lanjut:

 

1. China lumpuhkan CIA, bunuh & penjara 20 ejen perisikan

Kejadian itu dianggap satu tamparan hebat kepada rangkaian perisikan berkenaan, yang dikatakan berjaya menembusi peringkat tertinggi pentadbiran China sejak bertahun-tahun lalu.

Menurut laporan itu lagi, kerugian yang dialami setanding dengan jumlah aset Amerika Syarikat yang hilang di Kesatuan Soviet dan Russia akibat pengkhianatan dua pengintip terkemukanya, Aldrich Ames dan Robert Hanssen.

https://selangorkini.my/2017/05/china-lumpuhkan-cia-bunuh-penjara-20-ejen-perisikan/
2. KEADILAN hargai peranan & sumbangan besar media alternatif

“Saya juga ingin memberi penghargaan tertinggi kepada media, terutamanya media online dan pengamal media sosial, yang berjaya menembusi kawalan media oleh kerajaan, membawa maklumat terkini kepada rakyat.

“Usaha anda semua sejak Reformasi akan sentiasa dikenang dan dihargai. Dengan keberanian dan profesionalisme wartawan dan pengamal media sosial, landskap politik Malaysia berjaya diubah,” katanya.

https://selangorkini.my/2017/05/keadilan-hargai-peranan-sumbangan-besar-media-alternatif/

 

3. Anugerah Bill Kayong hargai pejuang rakyat

Kita berdoa dan menuntut keadilan dapat diberikan kepada Bill Kayong dan keluarganya.

KEADILAN cukup berbangga dengan perjuangan beliau. Dengan ini, Parti secara rasmi menubuhkan “Anugerah Bill Kayong” sebuah anugerah tahunan untuk menghargai pejuang-pejuang rakyat.

https://selangorkini.my/2017/05/anugerah-bill-kayong-hargai-pejuang-rakyat/
4. Dedah rasuah, lebih 10 berdepan penjara, perasuah sebenar masih bebas

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pendakwaan itu dikenakan selepas mereka didapati mendedahkan pelbagai skandal membabitkan pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN).

https://selangorkini.my/2017/05/dedah-rasuah-lebih-10-berdepan-penjara-perasuah-sebenar-masih-bebas/
5. Puasa di Iceland 21 jam, di Australia 11.3 jam? ikuti info ini

Secara perbandingan jangka masa berpuasa di setiap negara dunia adalah berbeza berdasarkan kedudukan negara itu.

Negara berkedudukan di hemisfera Utara pada 2017 ini mempunyai tempoh masa berpuasa lebih panjang dalam sehari berbanding negara di hemisfera Selatan.

https://selangorkini.my/2017/05/puasa-di-iceland-21-jam-di-australia-11-3-jam-ikuti-info-ini/

 

DISEDIAKAN OLEH: MOHD EZLI MASHUT

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

TOP 5: Apa berita menarik hari ini?

Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada 20 MEI 2017. Klik pautan untuk berita lanjut:

 

1. Selangor perintis Industri 4.0, anjakan paradigma baru ekonomi

Jelasnya, Selangor akan terus mempelopori Industri 4.0 yang bakal menjadi paradigma baru dalam sektor ekonomi selaras dengan gagasan Selangor sebagai Smart State.

Katanya, ekonomi negara perlu mendapat suntikan baru melalui ekonomi yang berteraskan penguasaan teknologi tinggi bagi merealisasikan hasrat Wawasan 2020 dan negara berpendapatan tinggi.

https://selangorkini.my/2017/05/selangor-perintis-industri-4-0-anjakan-paradigma-baru-ekonomi/
2. MB: Selangor main peranan besar corakkan Malaysia

Jumlah pelaburan meningkat kepada RM7.88 bilion bagi 2016 dengan jumlah projek sebanyak 242 dan merupakan jumlah tertinggi jika dibandingkan negeri lain, ia membuktikan pelabur yakin dengan pentadbiran Selangor berteraskan prinsip urus tadbir baik, ketelusan dan berintegriti.

https://selangorkini.my/2017/05/mb-selangor-main-peranan-besar-corakkan-malaysia/

 

3. Dua pesawat AS F-22 Raptor dikerah iringi pesawat American Airlines

Dua jet pejuang milik tentera Amerika Syarikat jenis yang sukar dikesan radar F-22 Raptors dilaporkan dikerah bagi mengiringi pesawat American Airlines Flight 31 menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Honolulu.

https://selangorkini.my/2017/05/dua-pesawat-as-f-22-raptor-dikerah-iringi-pesawat-american-airlines/

 

4. Dron bersama 4 Kapal China masuki perairan, Jepun kerah jet F-15 & AWACS

Dua jet Pejuang Jepun F-15 Jepun dikerah selepas empat kapal China bersama dron dilaporkan memasuki perairan Jepun berhampiran Kepulauan Senkaku di wilayah selatan Okinawa.

Agensi Berita Tempatan JAPAN TODAY melaporkan turut bersama jet pejuang itu adalah pesawat jenis airborne warning and control system (AWACS) ke kawasan itu, kata Menteri Pertahanan Jepun.

https://selangorkini.my/2017/05/dron-bersama-4-kapal-china-masuki-perairan-jepun-kerah-jet-f-15-awacs/

 

5. Pesawat SU-30 China pintas pesawat penjejak nuklear AS

Dua jet pejuang China jenis Sukhoi Su-30 memintas pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) WC-135 Constant Phoenix di Laut China Timur, kata US Pacific Air Forces.

Media Amerika Syarikat CNN News melaporkan insiden berlaku ketika pesawat AS melakukan misi rutin di ruang udara antarabangsa pada 17 Mei lalu yang merupakan insiden kedua pada tahun ini.

https://selangorkini.my/2017/05/pesawat-su-30-china-pintas-pesawat-penjejak-nuklear-as/

 
DISEDIAKAN OLEH: MOHD EZLI MASHUT

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

TOP 5: Apa berita menarik hari ini?

Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada 17 MEI 2017. Klik pautan untuk berita lanjut:

 

1. TI-M: PM, anggota kabinet & ketua institusi perlu isyihar harta

Akhbar berkata harta perlu diisytiharkan oleh semua anggota eksekutif, peguam negara, ketua polis negara, panglima Angkatan Tentera Malaysia dan pihak pengurusan tertinggi dalam perkhidmatan awam.

Perisytiharan itu perlu dilakukan sebelum dan selepas memegang jawatan, dengan analisis nilai bersih dijalankan secara berkala.

https://selangorkini.my/2017/05/ti-m-pm-anggota-kabinet-ketua-institusi-perlu-isyihar-harta/

 
2. ‘Jangan Huluq, Jangan Kawtim & Jangan Settle’, 2,000 pegawai SPRM turun padang

“Justeru, marilah kita bersama-sama membenci rasuah, menolak rasuah, lapor pemberian rasuah dengan cara kita menggerakan kempen 3 J iaitu, ‘Jangan Huluq, Jangan Kawtim dan Jangan Settle’ supaya kita dapat membina masyarakat untuk bersama memerangi rasuah,” katanya.

https://selangorkini.my/2017/05/jangan-huluq-jangan-kawtim-jangan-settle-2000-pegawai-sprm-turun-padang/

 
3. China pasang pelancar roket di terumbu Laut China Selatan

Akhbar Defence Times melaporkan pada Selasa, China memasang pelancar jenis Norinco CS/AR-1 55mm anti-frogman yang mempunyai keupayaan mencari, mengenalpasti dan menyerang pihak musuh.

Fiery Cross Reef ditadbir China namun kawasan itu turut menjadi tuntutan Filipina, Vietnam dan Taiwan.

https://selangorkini.my/2017/05/china-pasang-pelancar-roket-di-terumbu-laut-china-selatan/

https://selangorkini.my/2017/05/pemasangan-pelancar-roket-china-di-laut-china-selatan-dikritik/

 
4. Serangan Ransomware ancam dunia? Info ini mungkin boleh membantu anda

Kempen pemerasan siber itu sudah menjangkiti lebih 300,000 komputer di seluruh dunia sejak 12 Mei tetapi identiti dan motif penciptanya masih tidak diketahui.

https://selangorkini.my/2017/05/serangan-ransomware-ancam-dunia-info-ini-mungkin-boleh-membantu-anda/

 
5. MBSA catat sifar aduan kes rasuah

“Tiada salahlaku rasuah dilaporkan. Namun, kita ada mengambil tindakan terhadap kakitangan yang mempunyai masalah disiplin seperti tindakan tatatertib atau kontrak mereka tidak disambung atau ditamatkan perkhidmatan mereka.

“Kesalahan ini termaktub di bawah kesalahan disiplin dan bukannya salahlaku kegiatan rasuah,” katanya kepada pemberita pada sidang media Majlis Ikrar Bebas Rasuah IBR peringkat MBSA di Auditorium MBSA, pagi ini.

https://selangorkini.my/2017/05/mbsa-catat-sifar-aduan-kes-rasuah/

 
DISEDIAKAN OLEH: MOHD EZLI MASHUT

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

TOP 5: Apa berita menarik hari ini?

Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada 16 MEI 2017. Klik pautan untuk berita lanjut:

 

1. Reformasi pendidikan negeri, lahir ‘Steve Jobs’, ‘George Lucas’

“Kita mahu melahirkan generasi muda yang dikenali sebagai ‘tweakers’ kerana dunia yang serba canggih dengan teknologi ini tidak bermakna tanpa penghayatan untuk mengerah daya fikir dan imaginasi manusia.

“Maka menjadi tangunggjawab sistem pendidikan kita untuk melahirkan insan seperti Steve Jobs yang boleh berbangga dengan Apple dan Pixar atau George Lucas dengan siri Filem Star Wars,” kata Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali

https://selangorkini.my/2017/05/reformasi-pendidikan-negeri-lahir-steve-jobs-george-lucas/

 
2. MB: Sasar jadi tiga hab aeroangkasa terbaik dunia

“Industri aeroangkasa adalah industri tertinggi, yang ditakrifkan sebagai rumit. Ia menetapkan standard tertinggi dalam kualiti dan ketepatan.

Ia juga menjadi penanda aras modal insan yang menuntut rasa kebertanggungjawaban dan ketelusan,” kata Mohamed Azmin yang menyertai misi pelaburan ke Brussels baru-baru ini.

https://selangorkini.my/2017/05/mb-sasar-jadi-tiga-hab-aeroangkasa-terbaik-dunia/

 
3. Nik Nazmi: Guru ada hak kritik kerajaan

Nik Nazmi berkata, guru akan terus komited melaksanakan amanah sekalipun bertindak mengkritik kerajaan.

“Saya percaya guru yang terlibat dalam politik tetap mengutamakan tugas dan fokus mereka iaitu mendidik.

https://selangorkini.my/2017/05/nik-nazmi-guru-ada-hak-kritik-kerajaan/

 
4. Ini dilakukan Macron di hari pertama Presiden Perancis

Presiden baharu Perancis, Emmanuel Macron menjalani kerja di hari pertama sebagai Presiden dengan agenda dan pendekatan baru bagi halatuju negara itu dan Eropah.

Beliau berikrar mahu mengatasi masalah perpecahan dalam masyarakat serta membangunkan Perancis sebagai negara yang kuat di dunia.

Katanya dunia dan Eropah memerlukan Perancis yang lebih kuat untuk bersuara lebih lantang demi kebebasan dan kedaulatan.

https://selangorkini.my/2017/05/ini-dilakukan-macron-di-hari-pertama-presiden-perancis/

 
5. Wanita 29 tahun mahu cipta sejarah juruterbang solo termuda kelilingi dunia

Beliau memulakan misi bersejarah itu dari Daytona Beach, Florida pada 13 Mei lalu dengan menggunakan kapal terbang jenis Beechcraft Bonanza A36 bernombor N364ER bagi menjelajah lebih dari 18 negara.

Jarak misi penerbangan solo itu kira-kira 25,800 kilometer melibatkan negara seperti Sepanyol, Mesir, Thailand, Singapura dan Australia sebelum kembali ke Florida dijangka pada Ogos ini.

https://selangorkini.my/2017/05/wanita-29-tahun-mahu-cipta-sejarah-juruterbang-solo-termuda-kelilingi-dunia/

 
DISEDIAKAN OLEH: MOHD EZLI MASHUT

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

TOP 5: Apa berita menarik hari ini?

Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada 14 MEI 2017. Klik pautan untuk berita lanjut:

 
1. Speaker Melaka puji Reformasi dilaksanakan DNS

Pembaharuan dilaksanakan Dewan Negeri Selangor (DNS) turut mendapat perhatian Speaker Dewan Negeri Melaka, Datuk Wira Othman Muhamad.

Memuji inisiatif dilaksanakan Speaker Dewan Selangor, Hannah Yeoh yang melaksanakan Reformasi dalam pentadbiran DNS , beliau berkata pendekatan sama boleh dilaksanakan di Melaka.

https://selangorkini.my/2017/05/speaker-melaka-puji-reformasi-dilaksanakan-dns/

 

2. Ambil manfaat program belia Selangor

Generasi muda disaran mengambil peluang terhadap pelaksanaan dasar Inisiatif Peduli Rakyat yang diperkenalkan Kerajaan Negeri.

Exco Pembangunan Usahawan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan Negeri, Amiruddin Shari berkata, pelaksanaan dasar berkenaan diwujudkan sebagai komitmen pentadbiran Kerajaan Negeri terhadap golongan itu.

https://selangorkini.my/2017/05/ambil-manfaat-program-belia-selangor/

 

3. Daripada seorang ibu kepada para ibu

Seorang Ibu sentiasa inginkan yang terbaik untuk anaknya, walaupun mengharungi kesusahan dan kebimbangan, mereka tidak mahu kelihatan harian mereka kepada anak-anak.

Kepada semua Ibu diluar sana, terima kasih kerana terus gigih menyumbang kasih sayang dan pengorbanan.

https://selangorkini.my/2017/05/daripada-seorang-ibu-kepada-para-ibu/

 

4. Anak muda 39 tahun jadi Presiden Perancis, fakta menarik perlu diketahui!

Diusia 39 tahun, Macron menjadi Presiden Perancis termuda dalam sejarah sejak Napoleon Bonaparte.

https://selangorkini.my/2017/05/anak-muda-39-tahun-jadi-presiden-perancis-fakta-menarik-perlu-diketahui/

 

5. Peluru berpandu diuji Korea Utara boleh capai 4,500km

Peluru berpandu yang diuji Korea Utara pada hari ini berkeupayaan boleh menjangkau jarak 4,500 kilometer, kata pakar ketenteraan.

Timbalan Pengarah Global Security Program, David Wright berkata peluru berpandu yang terbang lebih 30 minit itu adalah mempunyai jangkauan jarak lebih jauh berbanding sebelum ini.

https://selangorkini.my/2017/05/peluru-berpandu-diuji-korea-utara-boleh-capai-4500km/

 

DISEDIAKAN OLEH: MOHD EZLI MASHUT

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

TOP 5: Apa berita menarik hari ini?

Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada 3 MEI 2017. Klik pautan untuk berita lanjut:

 

1. Sultan puji pentadbiran negeri, tingkat martabat wanita

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sukacita di atas pemilihan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh sebagai speaker wanita pertama dan termuda negara.

Baginda bertitah, lantikan itu membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri mengangkat martabat wanita dalam pentadbiran Selangor.

https://selangorkini.my/2017/05/sultan-puji-pentadbiran-negeri-tingkat-martabat-wanita/

 

2. Dr Wan Azizah terima Anugerah Khas PEKAWANIS, hargai pengorbanan

Anugerah Khas PEKAWANIS 2017 diterima Ketua Pembangkang dan Presiden KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merupakan hadiah kepada semua ibu, tanpa mengenal agama, bangsa dan status.

Anak keempatnya, Nurul Ilham Anwar Ibrahim berkata, ia merupakan simbol pengorbanan tanpa henti seorang ibu untuk anak-anak, suami dan keluarga.

https://selangorkini.my/2017/05/dr-wan-azizah-terima-anugerah-khas-pekawanis-hargai-pengorbanan/

 

3. Kenyataan Anwar berkenaan Tahaluf Siyasi KEADILAN & PAS

Saya mengulangi kenyataan Presiden KEADILAN bahawa KEADILAN tidak pernah mengkhianati prinsip tahaluf siyasi semenjak terbentuknya muafakat politik walaupun ada pihak yang mentohmah KEADILAN dengan tohmahan yang tidak adil dan tidak wajar.

Matlamat KEADILAN adalah jelas iaitu untuk menewaskan UMNO-BN yang kleptokrat dan perasuah, dan terutama kerana mengkhianati rakyat yang semakin dibebankan dengan sara hidup yang kian meningkat.

https://selangorkini.my/2017/05/kenyataan-anwar-berkenaan-tahaluf-siyasi-keadilan-pas/

 

4. Malaysia antara negara diserang ransomware

Malaysia antara negara yang menjadi mangsa serangan siber ransomware walaupun tidak seburuk yang dihadapi oleh Britain dan negara lain.

Menurut Ketua Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian dan Penguatkuasaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Zulkarnain Mohd Yasin, berdasarkan penilaian awal, pihaknya mengesan ia turut berlaku di negara ini.

https://selangorkini.my/2017/05/malaysia-antara-negara-diserang-ransomware/

 

5. Tujuh empangan pada kapasiti paras air lebih 97%

Kapasiti air bagi kesemua empangan air di Selangor berada dalam keadaan baik dan memuaskan bagi terus menyalurkan bekalan air kepada pengguna.

Menerusi laporan Lembaga Urus Air Selangor (Luas), ia adalah berdasarkan kedudukan paras empangan di seluruh Selangor setakat jam 8.00 pagi hari ini mendapati tujuh empangan berada ditahap melebihi 97 peratus.

https://selangorkini.my/2017/05/tujuh-empangan-pada-kapasiti-paras-air-lebih-97/
DISEDIAKAN OLEH: MOHD EZLI MASHUT

Categories
NASIONAL

Apa BERITA MENARIK hari ini?

Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada 9 MEI 2017. Klik pautan untuk berita lanjut:
1. Penjawat awam cemerlang tunjang kestabilan negeri

Pencapaian cemerlang penjawat awam Selangor mendorong kepada perkembangan kestabilan ekonomi negeri sehingga berjaya di peringkat antarabangsa.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata, tanggungjawab secara konsisten penjawat awam kini menjadi penggerak dalam memainkan fungsi sebenar sesebuah pentadbiran telus dan ikhlas.

https://selangorkini.my/2017/05/penjawat-awam-cemerlang-tunjang-kestabilan-negeri/
2. Putrajaya perlu belajar politik matang di Selangor

Putrajaya disaran mencontohi amalan politik matang yang diamalkan di Selangor bagi membolehkan prinsip demokrasi negara terus terjamin pada masa depan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik, Yaakob Sapari berkata, pentadbiran Umno Barisan Nasional (Umno BN) di Putrajaya menghalang prinsip demokrasi itu berkembang positif di negara ini.

https://selangorkini.my/2017/05/putrajaya-perlu-belajar-politik-matang-di-selangor/
3. Kesatuan Eropah lega Macron menang Presiden Perancis

Kesatuan Eropah (EU) menarik nafas lega dengan kemenangan Emmanuel Macron dalam pilihan raya Presiden Perancis selepas calon berhaluan sederhana itu berjaya menyingkirkan Marine Le Pen.

Kejayaan Macron,39, muncul sebagai Presiden termuda dalam sejarah Perancis apabila Marine Le Pen sebelum ini mengancam mahu membawa keluar negara ini daripada blok terbabit selepas Britain.

https://selangorkini.my/2017/05/kesatuan-eropah-lega-macron-menang-presiden-perancis/
4. Pakatan: Tak susah cari PM lebih bagus dari Najib

Pakatan Harapan (Pakatan) yakin kemampuan bakal calon Perdana Menteri yang diketengahkan nanti jauh lebih baik berbanding prestasi Perdana Menteri hari ini, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata ini kerana rekod prestasi Najib jelas terlalu banyak kelemahan dalam pelbagai aspek khususnya melibatkan kemampuan menjaga kepentingan rakyat.

https://selangorkini.my/2017/05/pakatan-tak-susah-cari-pm-lebih-bagus-dari-najib/
5. Rakyat Malaysia menang rancangan masakan di Britain

Resipi ‘Udang Masam Manis’ hidangan rakyat Malaysia berjaya memenangi salah satu episod rancangan masakan chef terkenal, Gardon Ramsay di Britain.

Penganalisis data, Michelle Yong, 27 yang menetap di London selama tujuh tahun itu mempertaruhkan resipi yang diilhamkan mendiang neneknya berjaya memenangi episod ke 12 rancangan masakan “Culinary Genius” terbitan studio Ramsay yang ditayangkan melalui rangkaian ITV.

https://selangorkini.my/2017/05/rakyat-malaysia-saji-resipi-mendiang-nenek-menang-rancangan-masakan-di-britain/
DISEDIAKAN OLEH: MOHD EZLI MASHUT

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

TOP 5: Apa berita menarik hari ini?

Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada 28 APRIL 2017. Klik pautan untuk berita lanjut:

1. Penantian 26 tahun berakhir dengan kejutan

Kesabaran 1,642 pemilik kediaman Pangsapuri Pinggiran Batu Caves selama 26 tahun bagi memperoleh hak milik strata akhirnya dibalas dengan kejutan apabila mendapat sumbangan Kerajaan Negeri untuk membiayai kos juru ukur dan guaman.

Pengerusi Persatuan Penduduk Rumah Pangsapuri Pinggiran Batu Caves Fasa 2, Che Hamid Che Jusoh berkata, sumbangan Kerajaan Negeri melalui Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) itu memberi makna sangat besar kepada penduduk.

https://selangorkini.my/2017/04/penantian-26-tahun-berakhir-dengan-kejutan/

2. Stanchart beri keistimewaan wanita bersalin

Standard Chartered Bank Malaysia (Stanchart) mengumumkan pelaksanaan cuti bersalin 20 minggu bergaji penuh kepada kakitangannya.

Ketua Sumber Manusia Stanchart, Florence Foo berkata, manfaat itu adalah sebahagian daripada langkah penambahbaikan pada manfaat pekerja bagi merealisasikan budaya mesra keluarga bank terbabit.

https://selangorkini.my/2017/04/stanchart-beri-keistimewaan-wanita-bersalin/

3. Ajar jadi bijak kewangan

Pertubuhan Forum Kesedaran Rakyat Negeri Selangor (FIKIR) bakal menganjurkan Program Kesedaran Pengurusan Kewangan (Bijak Wang), bermula Mei hingga Ogos nanti.

Pengerusi FIKIR, Yamin Yahya berkata, program dengan kerjasama Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar Selangor itu mensasarkan penduduk kediaman kos rendah di Selangor.

https://selangorkini.my/2017/04/ajar-jadi-bijak-kewangan/

4. SPR didesak tarik larangan edar RDPT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesak memberi penjelasan dan menarik semula surat larangan pengedaran salinan rang daftar pemilih tambahan (RDPT) kepada parti politik di Malaysia yang kini tular di laman sosial.

Pengarah Pilihan Raya Pemuda AMANAH, Muhd Taqiuddin Che Mat berkata, surat larangan itu didakwa tular membabitkan salinan berbentuk buku dan cakera padat untuk semakan parti politik.

https://selangorkini.my/2017/04/spr-didesak-tarik-larangan-pengedaran-rdpt/

5. Geng 24: Polis tahan tiga pelajar

Polis menahan tiga pelajar sekolah yang dipercayai terlibat dalam kegiatan kumpulan kongsi gelap Geng 24 di Klang, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat berkata, pelajar berusia 16 dan 17 tahun itu ditahan dalam Op Cantas bagi mengesan baki Geng 24, pada jam 12.40 tengah hari di perkarangan sekolah mereka.

https://selangorkini.my/2017/04/geng-24-polis-tahan-tiga-pelajar/

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

TOP 5: Apa berita menarik hari ini?

Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada 27 APRIL 2017. Klik pautan untuk berita lanjut:

1. KEADILAN tepis dakwaan jual Selangor kepada Taiwan

Hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan pentadbiran Taiwan tidak menggambarkan wujudnya cubaan PAKATAN untuk ‘menjual’ kepentingan Selangor kepada negara itu.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua membidas laporan portal pro Umno yang melaporkan kononnya delegasi diketuai Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ke Taiwan dibuat sebagai jalan pintas kepada ‘kiblat’ pentadbiran kuasa negara republik itu.

https://selangorkini.my/2017/04/keadilan-tepis-dakwaan-jual-selangor-kepada-taiwan/

2. Gangguan bekalan air sementara

Beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Petaling dilapor sedang mengalami gangguan bekalan air sementara.

Menerusi kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), ia disebabkan paip air utama pecah di belakang Bangunan ELC International School, Jalan Sierramas Barat, Sungai Buloh.

https://selangorkini.my/2017/04/gangguan-bekalan-air-sementara/

3. Selangor lancar Kempen Hormat Wanita

Kerajaan Negeri buat julung kalinya melancarkan Kempen Hormat Wanita (KWH) dalam usaha mendidik masyarakat berkenaan kepentingan keadilan sosial terhadap kaum berkenaan.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, pelbagai Inisiatif Hormat Wanita (IWH) bakal diperkenal sempena KWH terutama membabitkan penyediaan kemudahan mesra wanita di tempat kerja.

https://selangorkini.my/2017/04/selangor-lancar-kempen-hormat-wanita/

4. Laksana garis panduan khas hukuman rotan di sekolah tahfiz

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan mencadangkan pelaksanaan garis panduan diwujudkan di sekolah tahfiz berhubung hukuman rotan.

Beliau berkata, hal itu kerana garis panduan sesia berhubung isu itu hanya membabitkan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan tidak termasuk sekolah tahfiz seliaan jabatan agama.

https://selangorkini.my/2017/04/laksana-garis-panduan-khas-hukuman-rotan-di-sekolah-tahfiz/

5. Selangor kekal keputusan UPKK tertinggi

Selangor kekal mencapai kedudukan tertinggi dalam keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi kategori Negeri Terbaik dengan pencapaian Gred Purata Negeri (GPN) 4.1.

Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan, Mohd Jaafar Komari berkata, Selangor juga dinobat sebagai negeri paling ramai calon yang mendapat agregat 8A iaitu 7,955 (30.49 peratus) yang diumumkan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), baru-baru ini.

https://selangorkini.my/2017/04/selangor-kekal-keputusan-upkk-tertinggi/

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

TOP 5: Apa berita menarik hari ini?

Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada 26 APRIL 2017. Klik pautan untuk berita lanjut:

 

1. Anwar Ibrahim disenarai 500 tokoh Muslim Paling Berpengaruh Edisi 2017

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara beberapa tokoh politik Malaysia yang disenaraikan sebagai 500 tokoh Muslim Paling Berpengaruh edisi 2017.

Bekas Ketua Pembangkang itu tersenarai melalui kategori Pemimpin Terhormat (Honourable Mentions).

https://selangorkini.my/2017/04/anwar-ibrahim-disenarai-500-tokoh-muslim-paling-berpengaruh-edisi-2017/

 

 

2. Tainan teruja teroka peluang perniagaan di Selangor

Bandar Tainan di Taiwan menyatakan minatnya menerokai peluang perniagaan bersama Selangor yang bakal memberi manfaat kepada kedua pihak.

Perkara itu dinyatakan Datuk Bandar Tainan, Dr William Lai dalam majlis makan malam bersama Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali bersama delegasi Selangor, di sini, semalam.

https://selangorkini.my/2017/04/tainan-teruja-teroka-peluang-perniagaan-di-selangor/

 
3. 99 Speedmart sumbang RM500,000 kepada MPK, manfaatkan kutipan jualan beg plastik

Kedai serbaneka 99 Speedmart berbesar hati memperuntukkan RM500,000 kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK) sebagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) 2017 bagi memanfaatkan kutipan penjualan beg plastik berharga 20sen sebelum ini.

Timbalan Yang Dipertua MPK, Adi Faizal Ahmad Tarmizi berkata, jumlah itu diberikan hasil kutipan daripada 96 cawangan kedai serbaneka 99 Speedmart di daerah Klang.

https://selangorkini.my/2017/04/99-speedmart-sumbang-rm500000-kepada-mpk-manfaatkan-kutipan-jualan-beg-plastik/

 
4. WOW menariknya Skim Smart-Sewa!

Kerajaan Negeri melaksanakan Skim Smart-Sewa bagi membantu golongan berpendapatan sederhana memiliki rumah.

Seperti mana diumumkan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, skim dengan peruntukan RM100 adalah salah satu program utama dijalankan Kerajaan Negeri bagi memenuhi keperluan kumpulan sasaran.

https://selangorkini.my/2017/04/wow-menariknya-skim-smart-sewa/

 
5. Kereta terbang semakin jadi realiti?

Pada 1940 Henry Ford meramalkan: “Mark my word: a combination airplane and motorcar is coming. You may smile, but it will come.”

GLOBAL: Sedikit masa lagi cerita fantasi kereta boleh terbang di udara bakal menjadi realiti. Pelbagai syarikat di dunia kini berlumba-lumba untuk merealisasikan hasrat itu dengan pelbagai prototaip serta boleh dimiliki pengguna.

https://selangorkini.my/2017/04/kereta-terbang-semakin-jadi-realiti/

 
DISEDIAKAN OLEH: MOHD EZLI MASHUT