Categories
SELANGOR

Tujuh empangan pada kapasiti paras air lebih 97%

OLEH: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 13 MEI: Kapasiti air bagi kesemua empangan air di Selangor berada dalam keadaan baik dan memuaskan bagi terus menyalurkan bekalan air kepada pengguna.

Menerusi laporan Lembaga Urus Air Selangor (Luas), ia adalah berdasarkan kedudukan paras empangan di seluruh Selangor setakat jam 8.00 pagi hari ini mendapati tujuh empangan berada ditahap melebihi 97 peratus.

Takungan air di empangan Sungai Selangor mencatatkan pada tahap 100 peratus atau 230 meter padu.

Tiga lagi empangan juga mencapatkan bacaan 100 peratus iaitu empangan Semenyih pada tahap 100.32 peratus iaitu 59.26 meter padu, Langat (34.10 meter padu) dan Tasik Subang (4.21 meter padu).

Manakala Kolam Takungan Sungai Labu (ORS) mencatatakan paras empangan 99.62 peratus dan Sungai Tinggi turut meningkat pada bacaan 97.03 peratus (111.10 meter padu).

Selain itu, Klang Gates juga mencatatkan bacaan yang tinggi pada paras 97.20 peratus

Manakala hanya empangan Batu mencatatkan bacaan 74.92 peratus iaitu 23.95 meter padu. Walaubagaimanpun ia masih di tahap baik dan memuaskan.

=EZY=