Categories
NASIONAL

Tun M turun tanda tangan simbolik desak bebaskan Anwar

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 21 MEI: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad sempat menurunkan tanda tangan pada replika penjara sebagai simbolik menyokong usaha membebaskan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menurunkan tanda tangan ketika menghadiri Kongres Nasional Tahunan KEADILAN ke-12 di Dewan Raja Muda Musa di sini, hari ini.

Turut menurunkan tanda tangan masing-masing, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Abdul Rahman.

=EZY=