Categories
SELANGOR

32 Mangsa banjir terima bantuan RM1,000

 

OLEH SYAZWANI SUFIAN

HULU LANGAT, 22 JUN: Seramai 32 keluarga mangsa banjir menerima sumbangan wang tunai RM1,000 setiap keluarga dan keperluan asas hasil keprihatinan Kerajaan Negeri dan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI).

Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, sumbangan fasa pertama itu diberikan kepada mangsa banjir yang lengkap borang permohonannya.

“Sebenarnya terdapat ramai lagi mangsa banjir, namun hanya 32 mangsa sahaja dalam senarai nama yang kita terima kerana mereka berjaya melengkapkan borang.

MANGSA BANJIR (3)“Jadi saya menasihat untuk semua mangsa banjir mengisi dan melengkapkan borang secepat mungkin supaya kita dapat membantu menyampaikan sumbangan,” kata ketika majlis penyerahan sumbangan di Kompleks Penghulu Batu 10, Mukim Cheras.

Turut Hadir Ketua Pegawai Operasi MBI, Soffan Affendi Aminudin, ADN Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, ADN Dusun Tua, Razaly Hassan dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat.

Daroyah berkata, sumbangan ini membuktikan Kerajana Negeri dan agensi-agensi kerajaan sentiasa sangat prihatin kepada apa yang berlaku pada rakyat di Selangor.

“Kerajaan Negeri menyumbangkan RM500 manakala MBI juga turut menyumbangkan RM500.

“Kita juga menggalakan agensi-agensi lain bandan bukan kerajaan untuk turun membantu mangsa musibah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Tanggungjawab Sosial dan Korporat MBI, Mohd Jaafarudin Md Ali berkata, pihaknya mensasarkan RM500,000 kutipan dapat dikumpulkan bersama dengan anak syarikat MBI serta anak-anak syarikat Kerajaan Negeri.

“MBI adalah organisasi pelaburan yang paling besar dan paling maju di Selangor untuk kita
melaksanakan kerja-kerja amal dan kebajikan.

“Untuk kita memenuhi hasrat dan menyantuni golongan memerlukan perhatian, MBI berjaya mengumpulkan lebih kurang 30 anak syarikat Kerajaan Negeri untuk turut sama menyumbang.

“Daripada itu, kita mensasarkan kutipan sumbangan sebanyak RM500,000 dan dengan itu dapat kita salurkan kepada rakyat yang ditimpa musibah,” katanya

MANGSA BANJIR (7) MANGSA BANJIR (6) MANGSA BANJIR (5) MANGSA BANJIR (1)