Categories
SELANGOR

Advokasi Khas MKJR tingkat kesedaran keselamatan jalan raya

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 22 JUN : Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Selangor menganjurkan kempen Advokasi Khas Keselamatan Jalan Raya sempena perayaan Aidilfitri 2017 peringkat Selangor.

Majlis Perasmian diketuai Timbalan Pengerusi MKJR Selangor, Dato’ Mazalan Md Noor di perkarangan Terminal Bas Sementara Seksyen 13 di sini, semalam.

Program dijalankan secara bersepadu melibatkan pelbagai agensi antaranya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

MKJR (4)Bercakap kepada pemberita, Mazalan Md Noor berkata, pelaksanaan kempen kali ini memfokuskan kepada pemandu bas membabitkan aspek kepentingan keselamatan jalan raya menjelang Syawal ini.

“Pemandu bas dinasihatkan supaya fokus kepada pemanduan dan amalkan sikap sentiasa berhati-hati dengan mematuhi peraturan had laju dan aspek keselamatan lain.

“Sentisa mengutamakan keselamatan penumpang dan mematuhi peraturan jalan raya untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan.

“Penumpang juga diigatkan supaya membuat aduan kepada pihak berkuasa sekiranya wujud pelanggaran peraturan oleh pemandu bas ketika memandu di jalan raya,” katanya.

MKJR (1)Terdahulu, pelancaran kempen menyaksikan agihan input maklumat keselamatan dan edaran bubur lambuk diberikan kepada pemandu bas dan pengunjung terminal.

Pelekat keselamatan VEM motorsikal turut diagihkan kepada penunggang motorsikal sebagai langkah keselamatan pencahayaan khususnya pada waktu malam.

Dalam perkembangan sama, 20 safety hammer yang merupakan peralatan kecemasan turut diberikan kepada pemandu bas sebagai langkah persediaan terhadap sebarang kemungkinan berlakunya kejadian tidak diingini ketika perjalanan.MKJR (3)