Categories
NASIONAL

Aliran trafik perlahan sebelah petang

KUALA LUMPUR 29 JUN: Trafik bergerak perlahan di beberapa kawasan di lebuh raya utama setakat 4 petang ini disebabkan pertambahan kenderaan.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata aliran trafik perlahan di Kedah dari Alor Setar Selatan ke Pendang, di Pulau Pinang dari Permatang Pauh ke Juru, Juru ke Tambun dan Jawi ke Bandar Baru, serta Changkat Jering ke Bukit Berapit sehingga ke Terowong Menora di Perak.

“Keadaan sama dilaporkan di kawasan Ipoh Selatan menuju ke Simpang Pulai dan Gua Tempurung ke Tapah di Perak,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Menurut jurucakap itu, aliran trafik di semua laluan selatan masih terkawal dan lancar di kedua-dua arah setakat ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama, berkata aliran trafik perlahan dari Lentang ke Bukit Tinggi di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak manakala laluan lain di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 masih terkawal dan lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

SUMBER: BERNAMA