Categories
SELANGOR

Kerjasama MPAJ-KDEBWM urus sisa pepejal terbaik

OLEH NORHAYATI UMOR

AMPANG, 21 JUN: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berharap kerjasamanya dengan KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) dalam pengurusan sisa pepejal domestik berterusan bagi memastikan mutu kebersihan dikekalkan.

Yang Dipertua MPAJ, Abd Hamid Hussain berkata, kedua pihak juga perlu menghormati syarat ditetapkan menerusi perjanjian perkhidmatan pengurusan sisa pepejal domestik yang dimeterai.

Katanya, ia bagi memastikan permasalahan yang timbul dapat ditangani secara efisien.

“Saya amat berharap kedua pihak akan terus bekerjasama sebagai satu pasukan.

“Segala terma dan syarat yang terkandung di dalam perjanjian perlu sentiasa dihormati dan dipatuhi supaya tidak timbul permasalahan, pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Menandatangi Perjanjian Perkhidmatan Pengurusan Sisa Pepejal Domestik antara MPAJ dan KDEBWB, di sini.

MPAJPada masa sama, Abd Hamid berkata, kira-kira RM20 juta setahun akan dibelanjakan bagi tempoh tujuh tahun perjanjian pengambilalihan yang berakhir, pada Februari 2024.

Beliau berkata, perjanjian untuk tempoh itu bakal membawa MPAJ ke satu era baru dalam pengurusan sisa pepejal domestik.

“KDEBWM menjanjikan pembaharuan dan modus operandi operasi khususnya penggunaan lori baru yang dilengkapi teknologi canggih,” katanya.

KDEBWM menggunakan Sistem Automatik Mengesan Kenderaan (AVLS) dan kamera litar tertutup (CCTV) pada kompaktor yang dipantau secara berpusat di Centralized Command Center (CCC).

Syarikat itu turut memperkenalkan aplikasi iClean yang boleh dimuat turun melalui Google Play dan App Store bagi memudahkan masyarakat menyalurkan aduan.

KDEB (6) KDEB (5) KDEB (2) KDEB (4)