Categories
NASIONAL

PAKATAN saran RCI siasat juga skandal lain

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 24 JUN: Pemuda PAKATAN mengalu-alukan tindakan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat secara bebas kerugian mata wang asing berbilion ringgit, pada 1980-an dan 1990-an.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, beliau menyokong penuh penubuhan RCI, namun menggesa RCI ditubuhkan untuk menyiasat skandal lain yang melanda negara, hari ini.

“Saya berharap, kerajaan akan bersikap terbuka menubuhkan RCI bagi siasatan skandal yang lain.

1MDB-1024x731“Kita berharap, sementara kerajaan berminat menyiasat isu lama seperti skandal Forex, isu seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Lembaga Tabung Haji dan Felda Group Venture (FGV) tidak dilupakan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kabinet juga dituntut menubuhkan RCI menyiasat dakwaan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat, berhubung skandal 1MDB.

Katanya, penubuhan RCI bagi menyiasat DOJ adalah satu langkah penting dan perlu diambil tindakan segera.

“Penubuhan RCI sejajar dengan tuntutan amalan tatakelola yang baik dan akauntabiliti awam. Atas keprihatinaan sama, kami menuntut RCI untuk turut menyiasat skandal 1MDB.

“Saya menggesa institut berwajib seperti Pejabat Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) serta Bank Negara membuka semula siasatan 1MDB,” katanya.