Categories
GLOBAL

Perang Diplomatik: Turki seru perbincangan, Kuwait sedia jadi orang tengah

GLOBAL 6 JUN: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menyeru dimulakan sesi dialog dan perbincangan antara negara Gulf Cooperation Council (GCC) dan Qatar selepas beberapa negara memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar atas isu keselamatan.

Erdogan menghubungi Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani, Presiden Rusia Vladimir Putin, Emir Kuwait Sheikh Sabah al-Ahmad al-Jaber al-Sabah dan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, kata sumber Presiden Erdogan.

TurkiAgensi Berita Turki ANADOLU AGENCY melaporkan Ankara mahu penyelesaian aman dalam merungkai konflik diplomatik negara terbabit.

Menteri Luar Turki mengeluarkan kenyataan menyeru kesatuan dan kestabilan serta bersedia memulakan usaha ke arah penyelesaian aman dalam masa terdekat.

Sementara itu Emir Kuwait semalam menerima kunjungan wakil Arab Saudi dan menelefon pemerintah Qatar dalam usaha menjadi pengantara selepas Riyadh dan beberapa negara Teluk memutuskan hubungan dengan Doha.

Agensi berita KUNA melaporkan, penasihat Raja Salman dan Gabenor Makkah, Putera Khaled al-Faisal, menyampaikan mesej lisan kepada Sheikh Sabah al-Ahmad Al-Sabah berurusan dengan ‘hubungan dua hala dan perkembangan terbaru serantau dan antarabangsa.

Sheikh Sabah kemudian menghubungi Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani dan meminta beliau supaya tidak mengambil langkah yang akan memburukkan keadaan.

Qatar1Pemerintah Kuwait juga menghubungi Sheikh Tamim ‘untuk memberikan peluang kepada usaha mengekang ketegangan dalam hubungan antara saudara’.

Kuwait, anggota pakatan Majlis Kerjasama Teluk dianggotai enam negara, tidak menyertai negara lain memutuskan hubungan dengan Qatar.

Pemerintah Kuwait itu memainkan peranan penting dalam krisis sama pada 2014 yang akhirnya menyelesaikan perbalahan antara Qatar dan jirannya.

https://selangorkini.my/2017/06/perang-diplomatik-negara-arab-vs-qatar-apa-yang-berlaku/

=EZY=