Categories
SUKANKINI

PKNS FC pantang mengalah

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 1 JUN : Misi pemburuan kejuaraan musim 2017 PKNS FC tidak terjejas walaupun gagal pada aksi terakhir Piala FA, pada Mei lalu.

Presiden PKNS FC, Siti Zubaidah Abdul Jabar berkata, pasukan itu mensasarkan satu piala kejuaraan sepanjang musim sepak mula 2017 ini.

“Sasaran kita sekurang-kurangnya mampu meraih satu kejuaraan mana-mana piala kejuaraan musim ini bagi mengatasi pencapaian terbaik sebelum ini.

“Harapan kita juga supaya PKNS FC akan melangkah ke perlawanan akhir supaya kita boleh mengulangi sejarah kecemerlangan, pada tahun lalu,” katanya kepada SelangorKini.

Untuk rekod, pencapaian terbaik skuad Semut Merah apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir bertemu Johor Datul Ta’zim (JDT) pada aksi saingan Piala FA 2016 di Stadium Shah Alam.

PKNS vs JDT 1-2 Stadium Larkin (SHUAIB)Perlawanan itu menyaksikan pasukan ‘underdog’ itu hanya tewas tipis 2-1 kepada pasukan gergasi, Harimau Selatan.

Rentak kecermelangan itu diteruskan apabila PKNS FC berada di kedudukan kedua Liga Perdana untuk mara secara merit Ke Liga Super musim ini.

PKNS FC tampil mengemukakan pemain ternama tanah air seperti Safee Sali, Khyril Muhymeen Zambri dan Azmi Muslim bagi mengukuhkan lagi serangan pasukan itu.

PKNS FC kini meneruskan saingan 2017 bagi merebut kejuaraan Piala Malaysia.