Categories
SELANGOR YB ACTIVITIES

RM80,000 untuk Jom Shopping Raya DUN Bangi

OLEH LIZAWATI MADFA

KAJANG, 11 JUN: Seramai 800 warga emas dan golongan asnaf daripada DUN Bangi dibawa menyertai Jom Shopping Raya dengan peruntukan keseluruhan RM80,000, baru-baru ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN)nya, Shafie Ngah berkata, setiap peserta diberikan baucar bernilai RM100 untuk dibelanjakan di pasar raya Giant, Sungai Chua.

Katanya, sebahagian peserta dibawa membeli belah pada 4 Jun lalu sementara sebahagian lagi pada 10 Jun (semalam).

“Kebanyakan peserta membelanjakan baucar untuk mendapatkan barang keperluan asas.

“Mereka juga menyatakan rasa terharu dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri di atas inisiatif yang sedikit sebanyak membantu mereka dalam keadaan ekonomi semakin menekan hari ini,” katanya kepada SelangorKini.

Shafie berkata, program kali ini turut mendapat kerjasama dan sokongan Giant yang turut memberi sumbangan minyak masak kepada peserta.

“Peserta juga diberikan beg guna semula iaitu ‘go green bag’ bagi menyokong usaha Kerajaan Negeri menjayakan Kempen Bebas Beg Plastik,” katanya.

=EZY=