Categories
GLOBAL

Tragedi Grenfell Tower: Muslim berjaga Ramadan antara hero selamatkan nyawa

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

LONDON 14 JUN: Umat Islam yang berjaga untuk menjalani ibadah Ramadan pada malam antara individu awal yang sedar kebakaran apartmen Grenfell Tower 27 tingkat apabila lantas mengejutkan orang ramai yang tidak sedar tragedi itu.

Rashida, seorang penduduk tempatan, memberitahu Sky News bagaimana Muslim berjaga untuk Ramadan telah menyelamatkan nyawa apabila ramai di antara mereka berjaga ketika itu.

Beliau berkata kebanyakan orang Islam pada Ramadan akan biasanya tidak tidur sehingga kira-kira jam 2:00 mungkin 2.30 pagi.

“Sehingga mereka makan malam terakhir lewat malam mereka (sahur). Mereka melakukan solat terakhir mereka,” katanya.

Beliau berkata kediaman itu adalah kawasan yang sangat pelbagai masyarakat, kita ada semua bangsa, semua agama.

416828F100000578-4602450-image-a-8_1497423574436“Kita semua hidup aman damai antara satu sama lain, tidak banyak jenayah yang lebih tinggi daripada tempat lain.

“Anda boleh berjalan-jalan dengan selamat lewat malam … kita semua tahu antara satu sama lain,” katanya.

Nadia Yousuf, 29, memberitahu BuzzFeed penduduk Islam adalah antara yang pertama untuk sedar kejadian kebakaran itu kerana mereka bangun untuk menyediakan untuk sahur.

“Mereka melihat api itu hanya selepas mereka bangun untuk makan”, katanya lapor portal THE TELEGRAPH.
Lebih 70 orang dirawat di hospital selepas kebakaran besar di sebuah blok kediaman di ibu kota ini awal hari ini dengan 20 daripadanya dalam keadaan kritikal, kata Perkhidmatan Ambulans London.

DCQTpOJXoAU-pkkKebakaran memusnahkan bangunan kediaman 24 tingkat di tengah ibu kota ini pada awal pagi, meragut sekurang-kurangnya enam nyawa ketika penduduk sedang tidur.

“Kami merawat dan membawa 64 pesakit ke enam hospital di seluruh London di mana 20 orang kini dalam keadaan kritikal,” kata Pengarah Operasi Perkhidmatan Ambulans London, Paul Woodrow dalam satu kenyataan, lapor REUTERS.

Perdana Menteri Britain, Theresa May sedih dengan kehilangan nyawa dalam kebakaran itu yang meragut sekurang-kurangnya enam nyawa dan mencederakan lebih 70 lagi dengan jangkaan angka korban mungkin meningkat.

=EZY=