Categories
KENYATAAN MEDIA

Ubah sikap, jangan jadi sebahagian statistik kemalangan

OLEH AKMAL NASIR

Sudah pasti apabila sebut perayaan, tidak terkecuali untuk berkata berkenaan kemalangan jalan raya. Saya pasti pihak berkuasa akan berusaha bagi mengurangkan kadar kemalangan termasuk Ops Selamat 11 bagi tahun ini.

Saya berharap Ops Selamat kali ini akan lebih fokus, agresif dan memberi kesan positif kepada pengguna jalan raya.

Hal ini perlu dipandang serius kerana dengan adanya data perangkaan kemalangan bagi tahun-tahun lepas, hal ini penting bagi menangani isu keselamatan jalan raya secara holistik.

kemalanganSaya berharap juga kerajaan akan komited dengan memperkenalkan langkah-langkah baru yang berkesan untuk dilaksanakan dan bukan hanya semata-mata memperbanyakkan pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sahaja.

Antara faktor sikap pengguna jalan raya yang tidak mengendahkan undang-undang menjadi penyumbang utama kepada peningkatan kadar kemalangan maut pada musim raya.

Pelbagai kesalahan trafik turut menjadi faktor seperti mengabaikan langkah-langkah keselamatan serta peraturan jalan raya menjadi punca kepada kemalangan maut.

Saya suka mengingatkan pengguna jalan raya supaya mengubah sikap sebagai pemandu yang berhemah bagi mengelakkan kehilangan nyawa berlaku.

Di harap Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara berterusan melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan kadar kemalangan jalan raya tidak terus mencatatkan peningkatan pada perayaan Aidilfitri tahun ini.

* Akmal Nasir adalah Pengarah Strategi Angkatan Muda KEADILAN (AMK)