Categories
PBT SELANGOR

168 struktur iklan haram dirobohkan

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SUBANG JAYA, 23 JULAI: Sebanyak 168 struktur iklan haram dirobohkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sehingga penghujung Jun lalu.

Pemangku Yang Dipertua MPSJ, Mohd Zulkarnain Che Ali berkata, pihaknya merobohkan struktur iklan itu kerana ia didirikan tanpa kebenaran MPSJ.

“Kita mengambil tindakan tegas kerana visual serta struktur didirikan tanpa sebarang permohoan dan kelulusan dari pihak kami.

“Selain itu struktur iklan ini juga didapati mengancam dan membahayakan keselamatan orang awam,” katanya.

Zulkarnain berkata, operasi penurunan visual dan perobohan papan iklan tanpa kebenaran dijalankan oleh jabatan perlesesan MPSJ.

=EZY=