Categories
GLOBAL

Erdogan kecam keganasan melampau tentera zionis

ISTANBUL 23 JULAI: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengutuk kekerasan melampau digunakan tentera Zionis ketika menangani pertembungan maut di Baitulmaqdis.

“Saya mengutuk pendirian Israel dalam hal ini walaupun sudah diberi amaran dan kekerasan tentera Israel ke atas saudara seagama kami yang mahu menunaikan solat Jumaat,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

Erdogan berkata, kenyataan itu dibuat atas kapasiti beliau sebagai Pengerusi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Pertembungan semalam menyebabkan tiga penduduk Palestin maut sementara tiga rakyat Israel ditikam sehingga mati oleh seorang remaja Palestin berusia 19 tahun di Tebing Barat, yang kemudian ditembak jiran.

ErdoganKetegangan semakin memuncak susulan pemasangan alat pengesan logam oleh Israel sebagai langkah keselamatan di persekitaran Al Haram Al Sharif.

Turki dan Israel tahun lalu menamatkan permusuhan mereka, tercetus akibat serangan Israel ke atas kapal ke Gaza pada tahun 2010, menyebabkan 10 aktivisnya terkorban.

Erdogan yang menggelarkan dirinya sebagai pejuang isu Palestin masih menjadi pengkritik tegar terhadap dasar dilaksanakan Israel dan komennya antara paling keras dan lantang sejak perjanjian penyatuan semula itu.

=EZY=