Categories
SUKANKINI

Red Giants tundukkan Kelantan 1-0

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

SELAYANG 22 JULAI: Pasukan bola sepak Selangor semakin menunjukkan taringnya dan berada di kelas tersendiri apabila konsisten mencipta kemenangan dalam perlawanan Liga Super di Stadium Selayang.

Jaringan Amri Yahyah pada minit ke-20 sudah cukup untuk Red Giants mendapatkan tiga mata berharga lagi dengan keputusan kekal sehingga tamat perlawanan menumpaskan Kelantan 1-0.

Selangor kini berada di tangga keempat liga dengan mengumpul 27 mata daripada 17 perlawanan dengan mencatatkan tujuh kemenangan, enam seri dan empat kalah.

Untuk rekod Selangor juga mencatatkan 24 jaringan dengan 19 bolos sepanjang 17 perlawanan itu.

Tangga ketiga kini diterajui Pahang yang mengumpul 30 mata daripada 17 perlawanan.

RED GIANTS menang KELSelepas ini Selangor bakal bertandang ke Stadium Tun Abdul Razak Jengka bagi berhadapan dengan pasukan Felda United pada 26 Julai ini.

Kedua-dua pasukan kini dipisahkan dua anak tangga apabila Felda United berada di tangga keenam dengan mengumpul 26 mata daripada 17 perlawanan.

 

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan Liga Super:

Sarawak 0 PKNS FC 1 (Mohd Nizam Abu Bakar, m68)

Perak 1 (Yashir Pinto, m11- penalti) FELDA Utd 0

Pahang 2 (Yamil Romero, m4; Mohamadou Sumareh, m52) Melaka Utd 0

P Pinang 0 Kedah 2 (Ken Ilso, m61; Baddrol Bakhtiar, m74)

Selangor 1 (Amri Yahyah, m19) Kelantan 0

T-Team 1 (Yannick N’Djeng, m83- penalti) JDT 6 (Gabriel Guerra, m22 dan m58; Mohammed Ghaddar, m40; S Kunanlan, m43; Fadhli Shas, m77; Gonzalo Cabrera, m81)

 

KEDUDUKAN

=EZY=