Categories
SELANGOR

Graduan UNISEL pilihan utama DEMC

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 13 JUL: Kebolehpasaran graduan Universiti Selangor (UNISEL) diakui hospital pakar terkenal, Darul Ehsan Medical Centre (DEMC).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif DEMC, Dato Dr Omar Abd Hamid berkata, pelajar UNISEL yang menjalani latihan praktikal di hospital itu terbukti sangat komited dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasan.

Katanya, faktor itu seterusnya mendorong DEMC menyerap mereka sebagai kakitangan di sana.

UNISEL DEMC (2)“Satu pujian buat UNISEL kerana berjaya melahirkan graduan yang sungguh komited.

“Kami juga mengalu-alukan kedatangan pelajar UNISEL untuk menjalani latihan praktikal di sini.

“Diharap agar kerjasama di antara UNISEL dan DEMC dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya lapor Pengarah Komunikasi Korporat UNISEL, Hasril Abu Hassan.

Beliau ditemui pada Majlis Mendatangani Perjanjian Persefahaman di antara UNISEL dan DEMC, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman serta Timbalan Naib Canselor, Prof Dr Mokhtar Abdullah.

UNISEL DEMC (3)Untuk yang berminat menjadi sebahagian warga UNISEL, tarikh pendaftaran pelajar baru pengambilan Julai akan dilanjutkan sehingga 21 Julai 2017.

Mereka yang berminat juga boleh datang secara terus ke kampus pengajian Shah Alam atau Bestari Jaya.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi pejabat Pemasaran dan Kemasukan di talian 03-55223400 atau 012-3401740 atau 011-33907681