Categories
KENYATAAN MEDIA

Istiqamah perjuang harapan besar rakyat

Kesepakatan Pakatan Harapan pada lewat malam tadi dalam memuktamadkan struktur organisasi, logo Harapan dan agenda 100 hari pemerintahan kerajaan menanti Pakatan Harapan, lantas ini menunjukkan Harapan sangat serius dalam mengangkat agenda rakyat.

Serangan demi serangan parti lawan UMNO BN dalam mempertikaikan struktur Pakatan Harapan adalah sengaja diutarakan demi memerangkap perbincangan politik Malaysia yang hanya tertumpu isu-isu teknikal sepertimana mentaliti UMNO BN dalam neraca politik mereka.

Harapan jelas bahawa agenda rakyat adalah jauh lebih penting yang mana telah disertakan agenda atau tindakan kritikal Harapan dalam 100 hari pemerintahan, antara yang ditegaskan ialah dengan menghapuskan GST, menstabilkan harga petrol, meringankan beban rakyat dan lain-lain.

Pergerakan kita dalam membawa agenda rakyat tidak seharusnya terhenti dan malah lebih agresif lagi, tanpa rakyat kita tiada apa-apa, rakyat adalah tuan kepada negara ini. Maka tindakan ini adalah merujuk kepada apa yang rakyat perlukan.

Tahniah pimpinan Pakatan Harapan.

Hasanuddin Mohd Yunus
Naib Presiden
Parti AMANAH Negara