Categories
SELANGOR

Kanak-kanak teruja terima ‘duit raya’ MB

OLEH HAFIZAN TAIB

AMPANG, 2 JULAI: Penyerahan duit raya oleh Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menjadi tumpuan kanak-kanak juga ibu bapa yang hadir dalam Majlis Rumah Terbuka Eidul Fitri Negeri Selangor, hari ini.

Kebanyakan mereka tidak melepaskan peluang untuk mendapatkannya daripada Dato’ Menteri Besar, dengan tampil berasak ke depan dan naik ke pentas.

Berikutan jumlah kanak-kanak yang ramai, Mohamed Azmin dan isteri, Datin Seri Shamshida Taharin, turut dibantu beberapa Exco Kerajaan Negeri bagi mengagihkan duit raya itu.

Sesi penyerahan duit raya itu diadakan dua kali iaitu pada sebelah pagi dan petang.

Kehadiran kanak-kanak bersama ibu bapa sememangnya menjadikan Majlis Rumah Terbuka Eidul Fitri Negeri Selangor, di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya, di sini, berlangsung meriah dan jaya.

Majlis bermula jam 10 pagi hingga 4 petang itu meriah dan ceria dihadiri pelbagai lapisan masyarakat bangsa, agama dan latar belakang.

=EZY=