Categories
SELANGOR SUKANKINI

Larian Obor Kuala Lumpur 2017 jelajah Selangor

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 31 JULAI: Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 memulakan siri jelajahnya, di Selangor, hari ini

Pengerusi Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari menyerahkan obor itu kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya sebelum diserahkan kepada Pegawai Daerah Kuala Langat, Rosli Othman.

“Larian obor bermula di Dataran Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor itu disertai kira-kira 100 peserta yang terdiri daripada atlet Majlis Sukan Negeri Selangor dan pemain bola sepak PKNS FC selain kakitangan 12 Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor sebagai tanda sokongan Kerajaan Negeri kepada agenda sukan negara,

IMG_20170731_110302“Kuala Langat adalah daerah pertama larian obor KL2017 seterusnya akan merentasi ke sembilan daerah lain seperti Kuala Selangor, Petaling, Sabak Bernam dan Sepang, hingga 5 Ogos ini,” katanya.

Amirudin berkata, obor itu pada awalnya diterima di Gombak yang tiba dari Pahang sebelum ia mengambil masa dua hingga tiga hari untuk dibawa pusing ke beberapa daerah, di negeri itu.

Selain itu, Amir juga menjelaskan kerja membaiki kerosakan di bahagian bumbung Stadium Shah Alam dianggarkan, bakal siap 11 Ogos ini.

“Menteri Belia dan Sukan juga akan melawat stadium dan dijangka ketika itu dalam 80 peratus keadaan atap siap.

“Jika ikut pengalaman, kita boleh siapkan kerja baik pulih dan naik taraf sebelum bermula sukan SEA cuma penggantian bumbung akan mengambil masa agak lambat, namun yang lain masih dalam keadaan baik.

“Sebelum ini, kita sudah membelanjakan hampir enam juta di beberapa lokasi untuk kerja naik taraf dibeberapa stadium, di seluruh Selangor.

“Cuma masalah bumbung ini baru terjadi dan kita dalam usaha mengatasinya segera. Kementerian juga ada jaminan untuk menghulur sedikit sumbangan, namun Kerajaan Negeri masih mempunyai peruntukan yang cukup untuk laksanakannya apabila kita semak balik,” katanya.