Categories
GLOBAL

Masyarakat dunia desak selamatkan Masjid Al-Aqsa

BAITULMAQDIS 22 JULAI: Sebarang sekatan terhadap umat Islam untuk memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa tidak boleh diterima dan menyifatkan tindakan Israel sebagai cuba mengubah status quo kawasan berkenaan.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menegaskan, Keselamatan Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa amat penting untuk semua umat Islam di seluruh dunia, lapor Agensi Berita Antarabangsa Al-Jazeera.

Beliau turut menggesa Israel supaya membuang alat pengesan logam itu. Beliau bercakap menerusi panggilan telefon kepada Presiden Palestin, Mahmud Abbas dan Presiden Israel, Reuven Rivlin kelmarin.

Melalui perbualan itu, Erdogan menggesa Rivlin segera membuang alat pengesan logam ‘dalam rangka kerja kebebasan beragama dan beribadat’.

Erdogan“Melihat kepada kepentingan Masjid Haram al-Sharif untuk masyarakat Islam sedunia, alat pengesan logam yang dipasang Israel harus dikeluarkan dalam tempoh secepat mungkin dan menamatkan ketegangan ini,” kata Erdogan.

Presiden Lebanon, Michel Aoun berkata keganasan Israel sekarang adalah muslihat rejim itu untuk mengubah geografi dan demografi status quo Baitulmaqdis.

Amerika Syarikat (AS) dalam kenyataan yang dikeluarkan White House menyatakan rasa bimbang terhadap ketegangan berterusan di kawasan itu.

“Kami menggesa Israel dan Jordan berusaha mengurangkan ketegangan dan mencari jalan penyelesaian bagi memastikan keselamatan orang awam dan kawasan itu serta mengekalkan status quo,’’ ujarnya.

PRAY AL-AQSAMenteri Luar Jordan, Ayman al-Safadi memberitahu Wakil Tertinggi Kesatuan Eropah, Federica Mogherini bahawa negaranya berusaha memulihkan keadaan dan menamatkan krisis itu.

“Masyarakat dunia perlu meredakan keadaan dengan membatalkan semua tindakan Israel yang bertujuan untuk menguatkuasakan peraturan tentang isu ini,’’ tegas beliau.

Kementerian Luar Mesir dalam satu kenyataannya turut mendesak Israel menghentikan keganasan dan memberi amaran tentang peningkatan ketegangan di Masjid Al-Aqsa.

“Hentikan keganasan terhadap penduduk Palestin dan tempat suci dan hormati kebebasan umat Islam untuk beribadah.

“Jangan mengambil tindakan yang hanya akan mencetuskan konflik dan menjejaskan peluang untuk mencapai perjanjian damai,’’ tegasnya.

Sementara itu perhimpunan aman di seluruh dunia dilaporkan bagi mendesak tindakan terhadap rejim zionis yang mencabul perundangan antarabangsa dan menggesa dunia bertindak terhadap tindakan itu.

Muslim worshippers pray outside Damascus Gate, a main entrance to Jerusalem's Old City, on July 14, 2017, after the Al-Aqsa mosque was closed for Friday prayers by Israeli authorities following a shooting attack in the area. Two Israeli police officers shot when Arab assailants opened fire in Jerusalem's Old City have died from their wounds, authorities said. / AFP PHOTO / Thomas COEX

Polis Israel menghalang lelaki berusia 50 tahun ke bawah memasuki Kota Lama untuk solat Jumaat di Masjid al-Aqsa ketika ketegangan semakin meruncing disebabkan kawalan keselamatan baharu di tempat suci itu.

Langkah itu dibuat selepas menteri-menteri Israel memutuskan untuk tidak menarik balik pemasangan alat pengesan logam di hadapan pintu masuk pekarangan masjid tersebut yang dinamakan oleh bangsa Yahudi sebagai Temple Mount.

Rakyat Palestin enggan memasuki kawasan pekarangan masjid itu sebagai bantahan kepada pemasangan alat pengesan logam dan beratus-ratus umat Islam menunaikan solat di luar tapak berkenaan.

=EZY=