Categories
SELANGOR

MB meriahkan Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri PKNS

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 6 JULAI: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali meluangkan masa memeriahkan Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, hari ini.

Beliau yang tiba sekitar jam 2 petang disambut Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Noraida Mohd Yusof dan kakitangan perbadanan itu sambil ditemani isteri, Datin Seri Shamshida Taharin.

Pelbagai juadah disediakan antaranya dodol durian, lemang, ketupat serta sate bagi tetamu yang mula hadir sejak jam 11 pagi.

Mohamed Azmin meluangkan masa hampir setengah jam sebelum beredar meninggalkan majlis.

Beliau sebelum itu memenuhi jemputan Aidilfitri anjuran Institut Darul Ehsan (IDE).