Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Pahang puji langkah Selangor tak benar lombong bauksit

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUANTAN, 22 JULAI: Langkah Kerajaan Selangor tidak membenarkan sebarang aktiviti melombong bauksit di negeri itu dijalankan dipuji Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Kuantan, Fuziah Salleh.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, hal ini berbeza dengan Kerajaan Negeri Pahang yang membenarkan aktiviti melombong bauksit walaupun mendapat bantahan pelbagai pihak ekoran aktiviti itu telah mencemarkan alam sekitar dengan teruk.

“Saya dimaklumkan Dato’ Menteri Besar di Selangor juga ada bauksit tapi Kerajaan Negeri tidak benarkan sebarang permit dikeluarkan kerana tiada kaedah terbaik untuk melindungi alam sekitar dan lain-lain isu berbangkit nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri
Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang di Taman Tas di sini, hari ini.

Katanya, langkah Kerajaan Negeri itu wajar dicontohi Kerajaan Negeri lain khususnya Pahang sendiri.

=EZY=