Categories
SELANGOR

Pencemaran sungai: Penguna perlu jadi mata dan telinga

OLEH NAZLI IBRAHIM

SEMENYIH, 4 JUL: Orang ramai perlu menjadi mata dan telinga dengan melaporkan kepada agensi bertanggungjawab dengan segera sekiranya melihat sebarang pencemaran sungai sama ada berpunca daripada aktiviti tidak bertanggungjawab atau paip kumbahan pecah.

Penduduk Kampung Pasir Baru, Semenyih, Abdul Halim Abdullah, 51, berkata pihak berwajib juga perlu memantau aktiviti kilang yang beroperasi tidak jauh daripada sungai khususnya sungai yang membekalkan air ke loji rawatan air.

“Walaupun tiada pencemaran tetapi langkah berjaga-jaga perlu diambil seperti pemeriksaan berkala paip kumbahan kerana paip lama boleh pecah dan air daripada takungan banjir juga perlu sentiasa dipantau supaya air tercemar tidak memasuki sungai.

Halim“Kalau nampak aktiviti membuang sampah atau kejadian saluran kumbahan pecah kita perlu cepat-cepat ambil tindakan dengan melaporkan dengan pihak berkenaan. Jangan duduk diam sahaja. Pengguna dengan penguatkuasa perlu saling berkerjasama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui SelangorKini di Pekan Semenyih berhubung kejadian kebocoran paip kumbahan milik Indah Water Konsortium (IWK) di Bandar Sunway, Semenyih semalam.

Sementara itu, Penduduk Kampung Batu Tiga, Semenyih, Johari Tinnin, pula menggesa supaya pihak bertanggungjawab mengkaji memindahkan loji rawatan air ke lokasi berhampiran punca air dan bukannya di bahagian bawah dengan melibatkan laluan panjang termasuk Sungai Semenyih.

JOHARI“Kalau berlaku pencemaran air, bukan sahaja melibatkan Sungai Semenyih tetapi loji bahagian bawah. Bila sampai ke loji di Dengkil akan menyebabkan sumber air tercemar.

“Jadi orang Semenyih makan air sisa. Kalau boleh biarlah kita minum air bersih yang diambil daripada punca di atas sekali, tak perlu ditakung di bahagian bawah dan bila berlaku isu berbangkit macam-macam yang terlibat,” katanya.

Jelasnya, pembangunan yang semakin pesat di Semenyih menyebabkan kepadatan penduduk semakin bertambah dan sekaligus menuntut sistem pengurusan air di kawasan itu yang lebih efiksyen dan bebas daripada sebarang pencemaran.CP2A9208-1280x853 CP2A9181-1280x853 CP2A9174-1280x853 CP2A9217-1280x853