Categories
NASIONAL

Penduduk Malaysia: 28.7 juta warganegara, 3.3 juta bukan warganegara

SHAH ALAM 19 JULAI: Jabatan Perangkaan Negara melaporkan pada 2017, penduduk Malaysia dianggarkan sebanyak 32.0 juta dengan 28.7 juta warganegara dan 3.3 juta bukan warganegara.

Penduduk lelaki masih melebihi penduduk perempuan. Nisbah jantina bagi tahun 2016–2017 masih kekal pada 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

Nisbah jantina bagi warganegara dan bukan warganegara juga masih kekal pada 102 dan 157 bagi tempoh yang sama.

Etnik Bumiputera mencatatkan peningkatan sebanyak 0.2 mata peratus berbanding 2016 iaitu 68.8 peratus daripada jumlah penduduk warganegara.

Walau bagaimanapun, etnik Cina mencatatkan penurunan 0.2 mata peratus kepada 23.2 peratus.

Manakala etnik India dan Lain-lain kekal masing-masing pada 7.0 peratus dan 1.0 peratus berbanding 2016.

=EZY=