Categories
NASIONAL

Penerbangan empat lokasi ditambah sempena Aidiladha

KUALA LUMPUR, 13 JULAI: AirAsia akan menambah kekerapan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kuala Terengganu, Johor Bahru dan Alor Setar untuk memenuhi permintaan sempena sambutan Aidiladha, pada 1 September ini.

AIR ASIADalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata, kekerapan penerbangan ke destinasi Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Alor Setar akan ditambah bagi tempoh antara 26 Ogos dan 3 September, manakala lebih banyak penerbangan ke Johor Bahru antara 20 Ogos dan 12 September ini.

“AirAsia juga menawarkan potongan 20 peratus untuk semua tempat duduk bagi semua penerbangan mulai hari ini hingga 16 Julai untuk perjalanan antara 17 Julai dan 23 November ini.

“Tempahan boleh dibuat melalui www.airasia.com, aplikasi mudah alih AirAsia dan AirAsiaGo, selain itu anggota AirAsia BIG boleh menebus penerbangan ketika tempoh jualan ini menggunakan mata AirAsia BIG mereka,” katanya.

Penumpang AirAsia digalakkan berada di lapangan terbang tiga jam sebelum waktu pelepasan dan daftar masuk melalui laman sesawang, perkhidmatan mudah alih atau kios bagi mengelak kesesakan.

-BERNAMA-