Categories
SELANGOR

Penyiapan Jalan Reko bantu kurangkan masalah aliran trafik

OLEH AFIX REDZUAN

BANGI, 16 JULAI: Masalah pelebaran Jalan Reko, Bangi diharapkan dapat diselesaikan selewat-lewatnya Ogos ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bangi, Dr Shafie Ngah berkata, projek ini sepatutnya siap Julai namun disebabkan berlaku kelewatan selama 90 hari disebabkan kelewatan pemaju menyiapkannya.

Selain itu, pemilik tanah juga difahamkan masih mahu berunding dengan Kerajaan Negeri berhubung soal pampasan.

“Kerajaan Negeri sudah menyiapkan sejumlah RM50 juta wang pampasan untuk dibayar kepada pemilik tanah.

DUN BANGI1“Kita berharap masalah ini dapat diselesaikan segera demi memastikan aliran trafik di kawasan berkenaan dapat berjalan lancar,” katanya.

Pembangunan Jalan Reko melibatkan pelebaran jalan dari dua laluan kepada empat laluan sepanjang 5.2 kilometer yang bermula sejak 2013.

Ia bakal menghubungkan Pekan Kajang ke Simpang Tiga Bangi Jenderam.

Difahamkan setakat ini laluan yang hampir siap sudah diturap lapisan pertama dan menunggu lapisan ketiga disiapkan.

Dalam perkembangan sama beliau kelihatan gembira dengan kehadiran tetamu ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat DUN Bangi dan PAS Serdang yang berlangsung di tapak parkir Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali turut meluangkan masa memeriahkan majlis bersama-sama Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor dan saf kepimpinan PAS Serdang.

=EZY=