Categories
NASIONAL

Sukan Sea 2017: Polis jalani latih amal Ex-Rimau di KL Sentral

SHAH ALAM 16 JULAI: Orang ramai diingatkan tidak panik dan cemas semasa Latihan Amal Ex-Rimau dijalankan Polis di Perkarangan Terminal Udara KL Sentral, Kuala Lumpur.

PDRM dalam kenyataan media memaklumkan ia sebagai persiapan menghadapi sebarang krisis dan ancaman keselamatan yang mungkin berlaku sepanjang penganjuran Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 pada Ogos ini.

Latih amal Ex-Rimau itu bakak diadakan seperti ketetapan pada 20 Julai ini pada jam 8 pagi di Perkarangan Terminal Udara KL Sentral

pdrmOleh itu, masyarakat dinasihatkan supaya tidak panik dan menjalani rutin harian seperti biasa dengan mengikut segala arahan keselamatan yang bakal dikeluarkan dari masa ke semasa.

Untuk maklumat atau pertanyaan lanjut berhubung latihan ini, sila berhubung dengan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfield di talian 03-90516222.

=EZY=