Categories
EKONOMI

Bursa Malaysia teruskan aliran menurun

KUALA LUMPUR 29 OGOS: Harga saham di Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun pagi ini berikutan kekurangan arah dan ketiadaan petunjuk global.

Peniaga kebanyakannya kurang aktif menjelang cuti panjang hujung minggu, bermula Khamis ini, lapor BERNAMA.

Pada jam 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) 2.44 mata lebih mudah pada 1,767.05 selepas dibuka 2.62 mata lebih mudah pada 1,766.87.

Indeks itu ditutup pada 1,769.49 mata, semalam.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 125 berbanding 68 dengan 136 kaunter tidak berubah, 1,495 tidak diniagakan dan 46 lain digantung.

=EZY=