OLEH LIZAWATI MADFA
SHAH ALAM, 17 OGOS: Orang ramai dijemput menyertai Pertandingan Mencipta Logo 25 tahun Jubli Perak INPENS International College (INPENS) dan berpeluang memenangi RM1,000 tunai.
Ia terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang memenuhi syarat ditetapkan.
Antara lain, semua ciptaan harus asli dan tidak dicedok, ditiru atau diciplak dari mana-mana logo tempatan atau luar negara.
Reka bentuk logo juga perlu baru dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif juga boleh menyinggung mana-mana pihak.
Logo yang direka perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua warna dan tidak melebihi lima warna.
Selain itu, logo yang direka perlu bercirikan Sambutan Ulang Tahun ke-25 INPENS dengan moden dan fururistik serta menggambarkan pendidikan kemahiran juga teknikal sebagai fokus utama INPENS.
Peserta juga perlu memberi keterangan atau penjelasan ke atas reka bentuk dan warna yang digunakan secara padat serta ringkas.
Untuk keterangan lanjut, mereka yang berminat boleh mengunjungi laman web rasmi di www.inpens.edu.my atau hubungi urus setia di talian 03-32812617 atau 2619.
Mereka juga boleh muat turun borang penyertaan di laman web sama atau dapatkan di kaunter penyambut tetamu INPENS.
Hanya satu pemenang bakal dipilih untuk menerima hadiah wang tunai RM1,000 beserta sijil penyertaan dan plak.