Categories
SUKANKINI

Fakta menarik Sukan Polo: ‘Sukan Para Raja’

DISEDIAKAN OLEH: MOHD EZLI MASHUT

1. Dalam sukan polo, handicap 10 merupakan handicap tertinggi, dan pada masa ini, hanya 8 orang pemain polo sahaja di dunia yang memiliki handicap 10.
2. Sukan paling tua di dunia dengan dicatatkan bahawa dimainkan sekurang-kurangnya pada 600 Sebelum Masihi (SM) oleh suku Turkoman dan orang Parsi, di mana pada perlawanan itu dimenangi oleh suku Turkoman.

3. Parsi dipercayai sebagai tempat asal-usulnya sukan Polo dengan lelaki dan perempuan dikatakan bermainnya.

4. Antara tokoh-tokoh purba yang bermain dengan sukan Polo ialah Maharaja Shapur II yang bermainnya ketika hanya berusia 7 tahun sahaja pada tahun 316 Masihi.

5. Ketaksuban Byzantine pada polo bukan sahaja mewujudkan maharaja yang sangat mahir bermainnya seperti Maharaja Basil I (867-886 Masihi), bahkan terdapat seorang maharaja seperti Maharaja Alexander (912-913) yang mati kerana hanya kepenatan bermain polo sahaja!

6. Tokoh-tokoh lain yang turut dicatatkan menggemari sukan ini adalah seperti Salahuddin Al-Ayyubi (1174 –1193 Masihi) daripada Dinasti Ayyubi dan Baybars (1260 – 1277) daripada Kesultanan Mamluk turut menggalakkan dan bermain sukan ini.

7. Sukan ini terkenal dengan gelaran “Sukan Para Raja”.

8. Sukan polo tradisional dimainkan dengan lajunya di atas sebuah padang rumput yang sepanjang 300 ela.

9. Padang polo yang terlama di dunia ialah Padang Polo Imphal di negeri Manipur. Sejarah padang ini tercatat dalam riwayat diraja Cheitharol Kumbaba yang bermula pada tahun 33 Masihi.

10. Bangsa British dikenang kerana menyebarkan sukan polo ke seluruh dunia pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Sukan ini diimport oleh para pegawai tentera ke Britain pada 1860-an. Kelab-kelab polo ditubuhkan di serata England dan Eropah Barat selepas peraturan-peraturan dikanunkan

11. Kuda polo berukuran tinggi 14.2 hingga 16 lebar tangan hingga ke kumba, dan berat 900–1100 paun. Kuda polo ini dipilih dengan teliti berdasarkan pecutan, stamina, ketangkasan dan kemudahan pengendalian.

12. Bola polo luar diperbuat daripada plastik yang amat tahan lasak, tetapi dahulunya diperbuat daripada akar buluh atau dedalu, berukuran garis luar 3¼ inches (8.3 cm) dan berat kira-kira 4 auns (113.4 g). Bola polo dalam pula disaluti kulit dan diisi udara, dan ukuran garis pusatnya sekitar 4½ inci (11.4 cm).

13. Padang polo berukuran panjang 300 ela dan lebar 160 ela.

14. Tujuh pemain Argentina tersenarai dalam top-10 World Polo Tour.