Categories
GLOBAL NASIONAL

Isu kapal selam, Razak Baginda didakwa di Perancis

KUALA LUMPUR, 1 OGOS: Sekutu rapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa di Perancis berhubung isu menerima sogokan dalam penjualan kapal selam kepada Malaysia pada 2002, menurut sumber badan kehakiman, hari ini.

razak-scorpene-submarines-300x202Malaysian Insight yang memetik AFP melaporkan, Abdul Razak Baginda menasihatkan Najib berhubung penjualan itu ketika beliau menjadi Menteri Pertahanan, antara 2002 dan 2008.

Najib menyelia perjanjian bernilai hampir €1 billion (RM5.06 bilion) itu bagi membeli dua kapal selam kelas Scorpene dan sebuah kapal selam kelas Agosta daripada unit limbungan tentera laut Perancis, DCN, yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pertahanan Perancis, Thales.

Siasatan ke atas perjanjian itu dilancarkan sebagai respon kepada aduan oleh kumpulan hak asasi Malaysia, SUARAM, pada 2010.

Sebahagian daripada perjanjian itu adalah DCN bersetuju membayar €30 juta (RM151.81 juta) kepada Thales International Asia (Thint Asia) iaitu unit Thales, di Asia.