Categories
KENYATAAN MEDIA

Khuatir penyakit bawaan tenaga kerja asing semakin menular

Malaysia merupakan negara yang hampir bebas daripada TB (tubercolosis) pada tahun 90an.

Walaubagaimanapun, pada awal tahun 2000 ianya mula menular semula disebabkan pergerakan pekerja asing masuk dari negara-negara yang tinggi insiden TB (high burden countries), dan tahap kesedaran yang rendah di kalangan rakyat Malaysia berkenaan kembalinya semula ancaman penyakit ini, menyebabkan ianya menular lagi.

TB atau yang turut dikenali sebagai batuk kering ialah penyakit jenis berjangkit yang disebarkan melalui udara. Penyakit ini boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat.

1. Keadaan TB di Malaysia agak membimbangkan kerana TB adalah penyebab utama kematian dalam kalangan penyakit berjangkit (No.1 killer among infectious disease) malah ia membunuh dengan kadar lebih tinggi daripada denggi, malaria dan HIV.

Sejak tahun 2000 jumlah kematian daripada TB pada peringkat global adalah seramai 33 juta orang pada tahun 2015 sahaja, TB telah menyebabkan kematian seramai 1.8 juta orang di seluruh dunia. Di Malaysia pula,terdapat 1945 kes kematian akibat TB daripada 25,739 kes pada tahun 2016 berbanding 1696 kes kematian daripada 24,220 kes pada tahun 2015, iaitu mencatat kenaikan sebanyak 14.7 peratus.

2. Saya menyokong cadangan oleh Ahli Parlimen untuk membawa masalah ini kepada penubuhan satu ‘Parliamentary TB Caucus’ yang terdiri daripada Ahli-Ahli Parlimen kerajaan mahupun pembangkang, yang bersifat bipartisan sebagai satu usaha bertujuan untuk berganding bahu dengan pihak eksekutif serta pihak pakar kesihatan awam ,para akademik, para penyelidik, pelbagai kumpulan NGO, sektor swasta serta pihak media demi usaha untuk meningkatkan kesedaran awam dan menjurus kepada segala usaha ke arah membanteras penyakit ini pada masa hadapan.

warga asing di malaysia23. Jumlah kemasukan pekerja asing ke negara ini membimbangkan kerana berkemungkinan membawa penyakit seperti TB. Isu pekerja asing membawa masuk penyakit berjangkit merupakan hal yang serius bagi rakyat dan perlu ditangani dengan segera oleh semua pihak.

Kira-kira tiga peratus daripada 1.95 juta pekerja asing yang masuk untuk bekerja di Malaysia didapati gagal ketika menjalani saringan kesihatan Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA) antara tahun 2009 hingga tahun 2014.

4. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepatutnya bertanggungjawab menyediakan pemeriksaan kesihatan kepada pekerja asing. Mengapakah KKM gagal memantau penularan TB? Ini adalah persoalan utama untuk dipertimbangkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Dr. S. Subramaniam.

5. Selain TB, beberapa penyakit lain yang dikhuatiri boleh atau telah disebarkan oleh pendatang asing termasuk selesema (Influenza A H1N1 atau H5N1), malaria, HIV/AIDS, hepatitis, polio dan banyak lagi akibat daripada jangkitan bakteria, virus, parasit atau mikroorganisma lain.

Ternyatalah bahawa kedatangan pekerja asing yang tidak terkawal akan mendatangkan masalah kepada negara dan rakyat secara amnya. Walaupun kita memerlukan tenaga buruh asing untuk menyumbang kepada pembangunan negara, namun tidak semestinya rakyat dan negara menjadi gadaian.

Saya menyeru agar Dr. Subramaniam mempelajari dari negara jiran, Singapura yang begitu tegas mencegah penularan penyakit berjangkit sebelum menerima pekerja asing.

Dato’ Seri Dr Santhara
Pengerusi Biro Integrasi Nasional
Penyelaras Parlimen KEADILAN Segamat