Categories
SUKANKINI

KL2017: 844 atlet harapan negara

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 13 OGOS: Malaysia komited mengungguli Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) apabila menghantar kontinjen terbesar seramai 844 atlet.

Jumlah ini diikuti juara bertahan, Thailand dengan 818 atlet manakala Indonesia 622 atlet.

Timor Leste menghantar jumlah atlet terendah seramai 50 orang daripada 11 negara bertanding sementara Myanmar masih belum mengesahkan senarai atlet.

Selaku tuan rumah, Malaysia mensasarkan 111 pingat emas pada kejohanan kali ke-29 yang bakal membuka tirai secara rasminya pada 19 Oktober ini selepas kali terakhir mengungguli Sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur.