Categories
GLOBAL

Lagi kereta api tergelincir di India

GLOBAL 23 OGOS: Kereta api 11 gerabak tergelincir di di Uttar Pradesh India menyebabkan sekurang-kurangnya 70 orang cedera dengan sebahagiannya kritikal.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan ia adalah kemalangan terbaru selepas empat hari seramai 23 orang terbunuh dalam satu nahas baru-baru ini.

Jurucakap Northern Railways, Neeraj Sharma, berkata Kaifiyat Express yang dalam perjalanan dari Azamgarth ke Delhi bertembung dengan kereta api membawa bahan binaan kira-kira jam 9.10 malam waktu tempatan, menyebabkan beberapa gerabak tergelincir.

Menteri Kereta Api Pusat, Suresh Prabhu, menerusi entri di akaun Twitter rasminya berkata, beberapa mangsa yang cedera sudah dibawa ke hospital berhampiran.

Dalam kejadian Sabtu lalu, seramai 23 orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 123 yang lain cedera di Uttar Pradesh apabila 13 gerabak kereta api tergelincir dari landasan ketika menuju ke kota suci Hindu, Haridwar.

Sistem kereta api India adalah rangkaian rel keempat terbesar di dunia, namun masih bergelut dengan pelaburan yang tidak menentu dan kesesakan.

=EZY=