Categories
SUKANKINI

Malaysia terus selesa lebar kedudukan dengan 59 emas

SHAH ALAM, 24 OGOS: Malaysia terus mempertahankan kedudukan di tempat pertama dan semakin melebarkan jarak dengan 59 pingat emas Sukan SEA 2017.

Malaysia yang kini mengutip keseluruhan 135 pingat turut membolot 44 pingat perak dan 34 gangsa, setakat jam 7 petang, hari ini.

Sementara, pencabar Malaysia, Vietnam di kedudukan kedua dengan 79 pingat selepas meraih 30 emas, 21 perak dan 28 gangsa.

Di kedudukan ketiga pula adalah Singapura dengan 81 pingat apabila meraih 27 emas, 25 perak dan 29 gangsa.

Thailand pula berada di tangga keempat dengan 23 emas, 37 perak dan 39 gangsa sekali gus menjadikan kesemuanya sebanyak 99 pingat.

Seterusnya, Indonesia pula di kedudukan kelima, seterusnya diikuti Filipina, Myanmar, Kemboja, Brunei, Laos dan Timur Leste.