Categories
EKONOMI NASIONAL

Pasaran minyak stabil

SINGAPURA, 21 OGOS: Pasaran minyak dilaporkan stabil hari ini ekoran kenaikan lebih besar pada Jumaat, walaupun peningkatan output Amerika Syarikat (AS) memberatkan harapan pasaran akan mengetatkan inventori minyak mentah susut 13 peratus, sejak Mac.

Niaga hadapan minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa bagi minyak dunia, berada pada AS$52.72 setong pada 0139 GMT, tidak berubah daripada penutup sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat berada pada AS$48.54 setong, naik tiga cents daripada penutup sebelumnya.

Ia berlaku selepas kenaikan harga hingga tiga peratus pada Jumaat.

Peniaga berkata, pasaran agak dipengaruhi peningkatan pengeluaran AS yang sebelum ini merosot 9.5 juta tong sehari (bpd), paras tertinggi sejak Julai 2015.

Bagaimanapun, peningkatan dalam pengeluaran AS mungkin akan menyusut tidak lama lagi ekoran firma tenaga mengurangkan penggerudian minyak baharu, dalam tempoh dua tiga minggu ini, menurut laporan Baker Hughes, pada Jumaat.

*Sumber: REUTERS & BHOnline