Categories
SUKANKINI

Red Giants tumbangkan JDT 2-1

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

SELAYANG 5 OGOS: Pasukan bola sepak Selangor meluaskan kecemerlangan tersendiri apabila menumbangkan Johor Darul Takzim (JDT) dalam Piala Liga Super apabila berjaya menundukkan pasukan itu 2-1 di Stadium Selayang.

Bagaimanapun JDT memperolehi gol awal pada minit ke-39 melalui sepakan deras Natxo Insa dari luar kotak penalti berjaya menewaskan penjaga gol Red Giants Norazlan Razali.

Tidak mudah menyerah kalah, Selangor menggandakan asakan bertali arus daripada segenap penjuru sebaik bermula separuh masa kedua.

Gol dicari akhirnya menjelma pada minit ke-59 melalui Amri Yahyah yang menyudahkan lontaran ke dalam Syahmi Safari untuk gol penyamaan 1-1.

Tersentak dengan gol penyamaan itu, JDT berusaha memperbaiki serangan namun ketangkasan penjaga gawang Selangor berjaya menidakkan misi JDT mahukan kemenangan.

Gol kemenangan Selangor diperolehi pada minit ke-77 melalui Andik Vermansah yang melepaskan rembatan deras hasil hantaran jauh Namathevan untuk gol kedua menjadikan kedudukan 2-1 sehingga wisel penamat.

 

Keputusan penuh aksi Liga Super

Berikut adalah rangkuman keputusan penuh perlawanan Liga Super

Kelantan 1 (Celin m25) FELDA Utd 1 (Ifedayo m24)

Pahang 2 (Romero m64, Alves m80) Kedah 1 (Syafiq m77)

T-Team 1 (Fauzi Abd Kadar m32) Melaka United 5 (Simic m50, 90, Fauzi Roslan m61, Puaneswaran m70, Felipe m73)

Perak 2 (Nazrin m55, Gilmar m59) PKNS FC 0

Selangor 2 (Amri m58, Andik m77) JDT 1 (Insa m38)

Sarawak 2 (Nur Shamie Iszuan m51, Awang Kamarudin m72) P Pinang 0

DGegODVUIAAwwH4

=EZY=