Categories
EKONOMI SELANGOR

Selangor umum pelaburan ‘kencang’ 24 Ogos ini

OLEH NORHAYATI UMOR

PELABUHAN KLANG, 14 OGOS: Kerajaan Negeri dijangka mengumumkan prospek pelaburan baru bernilai RM2 bilion, pada 24 Ogos ini.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, perkara itu akan diumumkan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

“Saya tidak boleh menjelaskan lebih lanjut tetapi ia akan beri gambaran gembira kepada Kerajaan Negeri dan rakyat,” katanya kepada SelangorKini.

Terdahulu, Mohamed Azmin mendedahkan sebuah syarikat dari Eropah meninjau prospek pelaburan negeri dan bakal meletakkan nilai pelaburan RM2 bilion.

Katanya, pemeteraian berkenaannya akan diumumkan selepas rangka kerja delegasi Selangor ke negara berkenaan, pada pertengahan Ogos ini.

TENGBeliau berkata, perkembangan positif itu membantu meningkatkan perolehan kewangan negeri untuk tempoh jangka panjang.

Pada Julai lalu, kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Jepun bakal membawa pelaburan RM1.2 bilion.

Pelaburan itu menggunakan teknologi terkini memerlukan tenaga kerja mahir bagi mengisi keperluan itu.

Optimis momentum cemerlang itu dapat dijayakan, Mohamed Azmin berkata, perkembangan positif terbabit didorong hasil pentadbiran telus Kerajaan Negeri.