Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Pertemuan tiga penjuru, fokus perkukuh PAKATAN

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 14 OGOS: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menjelaskan pertemuan tiga penjuru bersama Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamed lebih kepada isu memperkukuh gabungan bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Menurutnya, pertemuan itu berlangsung ketika mereka bersama-sama hadir mendengar penetapan tarikh keputusan kes Anwar dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

“Kita bincang mengenai masa depan negara, bagaimana kita boleh bekerjsama secara lebih efektif bagi menghadapi Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang.

IMG_20170814_144350“Tun juga melahirkan keprihatinan beliau mengenai insiden Nothing To Hide 2.0 semalam dan kita harap polis akan mengambil tindakan serius terhadap pelaku dan kita akan pantau perkembangannya,” katanya.

Dalam perkembangan sama beliau turut meminta supaya pertemuan beliau bersama Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menziarahi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dipolitikkan.

Tegasnya, ia merupakan satu ziarah bagi mendoakan Abdul Hadi kembali pulih selepas menjalani pembedahan dan kini dalam tempoh berehat.

“Sepatutnya Wan Azizah ingin menziarahi Abdul Hadi lebih awal tetapi atas faktor kesihatan, ia dilewatkan bagi memberi peluang beliau berehat.

“Alhamdulillah beliau semakin baik dan akan kembali pulih insyaAllah,” katanya.