Categories
EKONOMI

Sultan Johor pemegang saham kedua terbesar 7-Eleven

KUALA LUMPUR 9 OGOS: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kini merupakan pemegang saham kedua terbesar di dalam kedai serbaneka 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd (7-Eleven).

Pemegang saham terbesar syarikat itu adalah Tan Sri Vincent Tan yang juga merupakan pemilik Berjaya Group, lapor ASTRO AWANI.

Sultan Johor kini memiliki 8.44 peratus atau 93.7 juta saham di dalam syarikat 7-Eleven.

Tan pula memiliki 41.27 peratus saham 7-Eleven.

7-ElevenBerjaya Group pula bukan lagi pemegang saham yang besar di syarikat ini setelah menjual jutaan saham mereka dalam 7-Eleven sejak kebelakangan ini.

Sultan Ibrahim dan Tan adalah rakan kongsi yang lama. Bersama, mereka memiliki REDtone International Berhad (51.71 peratus Berjaya Corp, Sultan Johor 17.9 peratus), U Mobile Sdn Bhd (Tan 21 peratus, Sultan Johor 15 peratus).

Pada 1 Ogos, 7-Eleven telah melantik Ho Meng sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu menggantikan Gary Thomas Brown yang meletak jawatan pada awal Julai.

Ho Meng pernah memegang pelbagai jawatan di 7-Eleven, termasuk sebagai pemangku CEO dan juga pengarah bukan eksekutif.

=EZY=