Categories
AGAMA NASIONAL

Tarikh lihat anak bulan Zulhijah 22 Ogos

KUALA LUMPUR 15 OGOS: Tarikh bagi melihat anak bulan Zulhijah untuk menetapkan Hari Raya Qurban adalah pada petang 22 Ogos bersamaan 29 Zulkaedah 1438 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Ia akan mengisytiharkan pada malam itu juga melalui radio dan televisyen tarikh 1 Zulhijah dan tarikh 10 Zulhijah iaitu tarikh bagi Hari Raya Qurban.

Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan telah diperkenankan untuk melihat anak bulan Zulhijah di tempat yang ditetapkan, lapor BERNAMA.

=EZY=