Categories
EKONOMI GLOBAL

Trump beri amaran Pyongyang, saham dunia susut

NEW YORK 9 OGOS: Beberapa indeks saham global susut selepas mencecah paras tertinggi, susulan amaran keras Presiden Donald Trump bahawa ancaman Korea Utara akan dibalas dengan tindakan lebih tegas.

Dalam pada itu dolar Amerika Syarikat (AS) menokok berbanding mata wang utama selepas data pekerjaan yang mencatat pengambilan pekerja berada pada rekod tertinggi.

Dow Jones Industrial Average susut 33.08 mata, atau 0.15 peratus, kepada 22,085.34, lapor REUTERS.

S&P 500 kehilangan 5.99 mata, atau 0.24 peratus, kepada 2,474.92.

Nasdaq Composite turun 13.31 mata, atau 0.21 peratus, kepada 6,370.46.

Indeks pan-Eropah FTSEurofirst 300 naik 0.18 peratus dan MSCI susut 0.19 peratus selepas mencecah rekod tertinggi harian.

Pasaran negara membangun naik 0.29 peratis. Indeks meluas MSCI merangkumi saham Asia Pasifik di luar Jepun ditutup 0.13 peratus lebih tinggi, manakala Nikkei kehilangan 0.30 peratus.

=EZY=