Categories
SELANGOR

25 penduduk dipindah banjir di Ijok

KUALA SELANGOR 3 SEPT: Seramai 25 penduduk melibatkan 10 buah keluarga di Kampung Sri Sentosa, Ijok di sini dipindahkan selepas kediaman mereka dinaiki air setinggi 1.2 meter hari ini.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Alimaddia Bukri berkata, penduduk dipindahkan bermula kira-kira jam 12 tengah hari setelah kawasan mereka dinaiki air susulan hujan lebat sejak jam 4 pagi tadi, lapor KOSMO ONLINE.

bt_11.2“Penduduk dipindahkan menggunakan bot dan ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Surau Ladang Tuan Mee di sini.

“Banjir berpunca daripada hujan yang tidak berhenti sejak jam 4 pagi tadi dengan jumlah taburan hujan 81 milimeter,” katanya di sini hari ini.

GAMBAR: KOSMO ONLINE

=EZY=