Categories
SELANGOR

Banjir: 32 mangsa daripada 10 keluarga dipindah

IJOK 3 SEPT: Sebuah pusat pemindahan banjir telah dibuka di daerah Kuala Selangor menempatkan 32 mangsa daripada sepuluh keluarga di sini hari ini.

Sepuluh keluarga di Kampung Seri Sentosa itu diarah berpindah selepas kediaman mereka dinaiki air setinggi 0.3 meter hingga 1.5 meter berikutan hujan lebat sejak jam 4 pagi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata kesemua mereka dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Surau Ladang Tuan Mee, di sini.

Katanya kerja-kerja pemindahan mangsa banjir dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Bancian JKM sehingga pukul 5.45 petang menunjukkan seramai 33 mangsa (daripada 10 keluarga) dipindahkan ke pusat pemindahan sementara,” katanya lapor BERNAMA.

Banjir Ijok

=EZY=