Categories
NASIONAL

Banjir di utara Semenanjung semakin serius

KUALA LUMPUR, 22 SEPT: Keadaan banjir di utara Semenanjung semakin serius dengan jumlah mangsa dipindahkan terus meningkat.

Memetik Astro Awani, sehingga jam 4 petang tadi, 1,918 mangsa banjir dipindahkan membabitkan 496 keluarga di tiga negeri iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Perlis mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dipindahkan dengan 1,200 orang, Kedah (666) dan Pulau Pinang (52).

Setakat ini, 20 pusat pemindahan sudah dibuka iaitu 14 di Perlis, lima di Kedah serta satu di Pulau Pinang.

Kawasan yang teruk terjejas ketika ini adalah Arau di Perlis, Kota Setar, Kuala Muda dan Kubang Pasu di Kedah serta daerah barat daya dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang.