Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

RMS cemar duli hadir Agro Run 2017

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 23 SEPT: DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli hadir, pada program Agro Run 2017.

Program yang menyaksikan penyertaan 1,200 peserta dari seluruh negeri itu dianjurkan Selangor Youth Community (SAY Community) Dan Outdoor Pro Group.

Penganjurannya membuka peluang kepada orang awam menyertai acara larian bagi kategori 10 kilometer (km) dan 5km yang menawarkan wang tunai sehingga RM4,000.

Bertempat di Taman Botani Negara, program turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Sebelumnya, baginda turut berkenan mencemar duli melepaskan larian perserta mengikut beberapa pecahan kategori utama.

IMG_2438Pada masa sama, baginda turut mencemar duli melawat gerai pameran dan program pertanian membabitkan beberapa agensi pertanian di peringkat Persekutuan.

Program itu diadakan sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK).

Selain mempromosikan HPPNK, program terbabit menggalakan penyertaan masyarakat awam mengamalkan gaya hidup sihat, di samping memperkenalkan industri pertanian hijau dalam kalangan belia.

HPPNK akan diadakan pada 28 September hingga 1 Oktober ini di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Selangor.

IMG_2631 IMG_2705 IMG_2785 IMG_2837